Monday, May 25, 2009

going to shah alam

by 30 may, my family are going to shah alam, attending majlis aqiqah amira zulaikha. 7 hours 38 minutes, estimate time to arrive there. yang menggusarkan ialah tentang makanan & tingkah laku nasih yang agak excited bila berada dalam kereta.


View Larger Map

Sunday, May 24, 2009

DULI YANG MAHA MULIA TUANKU ISMAIL PETRA IBNI AL-MARHUM SULTAN YAHYA PETRA

10 hari sudah dirawat di husm. hari ini dilaporkan, keadaan tuanku "stabil".

a new saga "problem" begin III


1. aifm - problemnya ialah, ada hole di tempat yang tak sepatutnya. may be pemasangan tak kemas atau komponen aifm itu sendiri yang problem. jadi ia mengeluarkan bunyi angin, macam enjin diesel. tapi, menurut mekanik proton, katanya tak efek enjin, cuma bising aje lah. it's ok, still in warranty, tapi kena tunggu turn lah. aku berada di turn ke-15!


2. getah pada pintu driver tertanggal ! ayya, low quality punyer double tape. aku dah perhatikan beberapa saga blm yang lain, ada juga yang senasib. tapi, pada3 pintu lain, ok jer.

dj ikim.fm sebut "simpang malaikat 44"

sambil drive, hantar isteri ke smjkc chung cheng, buka radio ikim.fm "afdhalu ikhtiar", pagi tadi, dj tersebut membaca topik utama akhbar. antaranya ialah tentang isteri & 2 orang anak rexy maniaky diragut & diseret sejauh 5 meter. tapi yang menggusarkan aku ialah bila dj tersebut mengatakan "simpang malaikat 44". sampai ofis, aku terus search dan jumpa perkara tersebut dalam website soal jawab agama jakim :



Nama : syaf.
E-Mel : syaf84@hotmail.com.
Kategori : AKIDAH

SUB KATEGORI - Khurafat/Tahyul

Tarikh Hantar Soalan :24/08/2007 09:48 PM

Soalan :
Apakah maksud 'Simpang malaikat 44'??Saya selalu mendengar org yg lebih berumur berkata demikian..adakah ianya kepercayaan kurafat ataupun ada bicara mengenainya?.

Jawapan :
Perkataan demikian tidak menepati dengan syara', sebaik-baiknya hendaklah kita mengucapkan "saya berlindung dengan Allah daripada perkara buruk". .

Status : Selesai - Paparan Web.
Nombor Rujukan :PANEL SJAI 250807
Tarikh Selesai :25/08/2007 11:08 AM


(sumber : http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/5bf3fb7251836f9a482567f20004d104/8473e8acc21dc94f00257341004be367?OpenDocument)

bukan niat nak kondem, tapi sudah well known ikim.fm peneraju dalam penyiaran radio 100% berkisar tentang Islam. pengisiannya juga berbeda dengan saluran radio-radio yang lain, di mana ikim lebih fokus kepada perbincangan ilmu & aspek hiburan (nasyid & lagu dakwah sahaja) pula hanya untuk mengurangkan stress kepada perbincangan isu-isu yang berat, berbanding dengan saluran radio yang lain yang hanya mementingkan hiburan semata-mata.

ringkasnya, " tak patut la dj tu sebut gitu ", dan sepatutnya dia tahu menda ni. berhati-hatilah bila berbicara.

Tuesday, May 19, 2009

dari smk long gafar ke smjkc chung cheng

bermula 17 mei 2009, isteriku mula mengajar di smjkc chung chen, jalan kelochor, kota bharu. tugasan yang diterima dengan titisan air mata, mengenangkan kemesraan rakan-rakan setugas dan pembantu-pembantu makmal di smk long gafar. di samping anggapan kesukaran untuk proses pnp apabila berhadapan dengan kaum yang berbeza bahasa pertuturannya, sama ada dari kalangan guru-guru dan para pelajar.



selamat bertugas, isteriku dan kuatkan semangat!


View Larger Map