Tuesday, July 21, 2009

interpretasi penguasaan kota konstantinopel dalam kekeluargaan

ilustrasi Sultan Muhammad Al-Fateh (entah betul, entah tidak!)

Sultan Muhammad Bin Murad II "Al-Fateh", dalam siri-siri kejayaannya dalam peluasan empayar Khilafah Turki Uthmaniyyah, kemuncaknya ialah kejayaan menguasai Kota Konstantinopel daripada kekuasaan orang kristian ortodoks, baginda terlebih dahulu memenuhi 3 krateria sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW iaitu :

i) Pemimpin yang baik - Sultan Muhammad sendiri sangat gigih dalam menyiapkan dirinya sendiri. Antaranya ialah, baginda turut serta dengan membuka serban dan baju untuk membina benteng kotanya, sehingga semua ulama & menteri berasa malu dan seterusnya turut sama mengangkat batu & membina benteng. Selain itu, dalam situasi memilih imam solat jumaat pertama selepas berjaya menguasai kota konstantinopel, membuktikan baginda seorang yang hebat dalam konteks ibadah, iaitu sentiasa solat fardhu berjemaah, solat sunat rawatib, qiamullail sejak dari usia balighnya.

ii) Tentera yang baik - teliti dalam memilih para tentera khas untuk menggempur kota konstantinopel. Sebelum berperang, tentera khas ini dikumpulkan di sebuah pulau, dan diberikan latihan ketenteraan, dalam masa yang sama, aspek ibadah juga ditekankan seperti solat, puasa, dan qiamullail.

iii) Rakyat yang baik - mempraktikkan tindakan Khalifah Umar RA, iaitu turun menemui rakyatnya dengan menyamar sebagai pengemis atau musafir, tanpa diketahui oleh menteri-menteri yang lain, kecuali 2 orang kanannya yang turut bersamanya. Kehadirannya juga tidak disedari oleh rakyatnya, dan pada permulaannya layanan buruk terhadap baginda, seperti dihalau, dan diberi upah yang sangat sedikit, sama ada daripada orang miskin mahupun orang kaya. Setelah beberapa tindakan diambil, rakyat baginda menjadi baik, dan tiada lagi layanan buruk.

cuba 3 krateria ini diinterpretasikan dalam konteks kekeluargaan :

i) pemimpin, atau ketua, dan sebuah keluarga, ketuanya adalah suami.
ii) tentera, atau diinterpretasikan kepada individu yang menjayakan visi suami, iaitu isteri atau isteri-isteri.
iii) rakyat, atau diinterpretasikan sebagai zuriat yang lahir hasil perkongsian hidup.

dengan wujudkan suami, isteri & anak-anak yang soleh, insya Allah, baitulmuslim ini mampu menjadi sebuah keluarga yang musleh, dan dapat "menakluk" keluarga-keluarga lain disekitarnya supaya turut menjadi soleh!

cuba anda interpretasikannya dalam konteks yang berbeza

Takziah ...

Takziah buat :

1. Akmal Raden, atas pemergian abangnya.
2. Amree Amanaf, atas pemergian neneknya.
3. Zaidi Zaid, atas pemergian datuknya.
4. Razif Abdullah, atas pemergian ayahandanya.
5. Zulkifli Che Noh, atas pemergian ayahandanya.

Sabar & redha buat kalian. Al-Fatihah ...

note : menunggu giliran

Tuesday, July 7, 2009

novel sejarah Islam : Salahudin Ayubi

baru sahaja habis membaca sebuah novel, Salahudin Ayubi. bagi aku, tak macam novel pun. tiada ayat-ayat yang berbunga-bungi. lebih banyak dialog berbanding ulasan. iye lah, kalu banyak ulasan, jadi macam buku teks sejarah plak. jalan ceritanya pula, direct to point & full of fact. kadang-kadang tak teratur. contohnya, tiba-tiba jer dah ada anak & siap lantik jadi pemerintah Mesir, lantik jadi panglima, dsb. apapun, walaupun dengan segala kekurangan, aku tetap suka membacanya, dan meniupkan lagi semangat jihad aku !!! Allahuakbar !!!




next, aku tengah baca novel Sultan Muhammad Al-Fateh. Namun sebelum tu, aku dah baca beberapa artikel dalam internet tentangnya. wow! antara yang mengakjubkan ialah taktik peperangannya dalam menggempur kota konstantinopel.

isteri-isteri Baginda SAW

7 julai 2009, 6.30 pagi, waktu lazim baru turun dari rumah untuk pergi menghantar zaujah ke tempat kerja. buka radio saluran ikim.fm, dengar kuliah pagi yang disampaikan oleh ust zahazan. hari ni, topik berkaitan isteri-isteri Rasulullah SAW, dan adalah sunat muakkad untuk mengenali mereka. bila masuk ofis, terus search dan jumpa website. menarik, ada biodata ringkas semua isteri Baginda SAW.


antara isteri-isteri Baginda SAW ialah, Maria Al-Qibti yang merupakan asalnya orang Mesir dan menganut agama kristian koptik. mungkin ini asas kepada watak "maria" dalam novel "ayat-ayat cinta"!