Monday, August 20, 2007

hak suami isteri membuat tuntutan dalam temph perkahwinan

di antara perkara yang boelh dituntut oleh isteri dalam tempoh perkahwinan ialah:

1. nafkah diri

mengikut hukum syara', seseorang isteri yang taat berhak mendapat nafkah daripada suaminya. undang-undang keluarga Islam pula telah memeperuntukkan bahawa mahkamah boleh memerintah seseorang lelaki sama ada suami atau lelaki lain yang tertentu seperti anaknya yang berkemampuan (jika suami tak upaya dari segi mental dan fizikal memperuntukkan nafkah saraan keluarga) membayar nafkah kepada seseorang isteri.


2. hak jagaan anak

mengikut huku syara', ibu adalah orang yang paling berhak menjaga anak kecilnya dalam masa perkahwinan dan juga selepas perkahwinan dibubarkan kecuali jika ia berkahwin dengan lelaki lain yang bukan mahram kepada anak itu, berakhlak buruk secara keterlaluan dan terbuka, murtad, cuai atau menganiaya kanak-kanak itu dari menjalankan pengawasan yang perlu (melainkan berpindah ke tempat lahir perempuan tersebut)


3. nafkah anak

mengikut hukum syara', bapa adalah wajib menanggung nafkah anak-anaknya yang masih di bawah tanggungannya dan yang tidak berkemampuan. mahkamah boleh memerintahkan seorang bapa memabayar nafkah untuk faedah mana-mana anaknya jika ia telah enggan atau cuai memperuntukkan nafkah anaknya, meninggal langsung isteri dan anknya itu dalam jagaan isterinya serta dalam masa menanti sesuatu prosiding hal ehwal suami isteri.


4. tunggakan nafkah

tunggakan nafkah ialah nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami kepada isterinya dalam tempoh perkahwinan dan menjadi hutang ke atas suaminya dan wajib dibayar. tunggakan ini boleh dituntut di mana-mana mahkamah syariah.


5. tunggakan nafkah anak

tunggakan nafkah anak boleh dipohon kepada mahkamah apabila suami atau bekas suami telah gagal melaksanakan satu perintah nafkah anak yang telah dikeluarkan oleh mahkamah syariah. tunggakan tersebut boleh dipohon dari tarikh kegagalan membayar perintah nafkah anak tersebut.


6. hak tempat tinggal

suami adalah berkewajipan menyediakan tempat tinggal yang sesuai dan munasabah untuk isterinya sama ada secara menyewa atau miliknya sendiri. isteri boleh membuat tuntutan di mahkamah syariah sekiranya suami tidak menyediakan keperluan tersebut dan tidak menjadi nusyuz sekiranya isteri enggan mengikut suami.


7. hak cagaran nafkah

isteri berhak mendapat nafkah daripada suaminya, boleh memohon kepada mahkamah syariah untuk memerintahkan ke atas suaminya supaya membuat cagaran dengan meletakkan apa-apa harta kepada pemegang-pemegang amanah yang ditentukan oleh mahkamah bagi tujuan pembayaran nafkah atau sebahagian darinya bagi menjamin bayaran nafkah itu dapat dilaksanakan dengan teratur dan dijelaskan pada masa yang telah ditetapkan.


8. nafkah sementara

isteri atau wakilnya, berhak memohon kepada mahkamah satu perintah sementara nafkah bagi dirisnya semasa prosiding mahkamah sedang berjalan, sehingga satu keputusan mahkamah syariah muktamad dikeluarkan.


9. perintah tegahan

i. mana-mana pihak boleh memohon kepad mahkamah satu perintah tegahan atau larangan kepada seseorang untuk menahan dirinya dari mengganggu, mencerca, memaki hamun, menceroboh, memukul, mendera atau menganiaya ke atas suami atau isteri atau bekas suami atai bekas isteri.

ii. mana-mana pihak boleh memohon kepada mahkamah satu perintah tegahan atau larangan menahan transaksi harta yang akan mengurangkan keupayaan mana-mana pihak melaksanakan perintah-perintah nafkah isteri, nafkah anak, harta sepencarian dan mut'ah.

(sumber: jabatan kehakiman syariah malaysia)

No comments: