Wednesday, October 15, 2008

Isteri boleh tuntut fasakh jika suami abai nafkah

Peguam Syarie Menulis: Isteri boleh tuntut fasakh jika suami abai nafkah

Islam sedia penyelesaian adil bagi jamin hak wanita dalam sesebuah perkahwinan

ANTARA tanggungjawab suami kepada isteri ialah menyediakan nafkah zahir dan batin. Nafkah adalah hak isteri yang wajib ditunaikan suami menurut kemampuannya. Ibnu Rusyd dalam kitabnya Bidayatul Mujtahid, (Juzuk 11, terjemahan, halaman 424) fuqaha' sependapat nafkah wajib ke atas suami merdeka dan nafkah kepada isteri perlu selaras dengan ketaatannya.

Nafkah batin diakui fitrah semula jadi manusia yang memerlukan kasih sayang dan belaian. Firman Allah an-Nisa ayat 19 bermaksud, "dan bergaullah dengan mereka (isteri kamu) menurut cara yang ma'ruf (secara layak)."

Firman ini jelas menunjukkan hak nafkah batin isteri amat penting dalam perkahwinan. Isteri yang tidak mendapat hubungan seksual atau perhatian dan kasih sayang mudah hilang arah sekali gus membuka ruang untuknya melakukan maksiat. Suami patut menjadi pelindung kepada isteri dalam memberikan jaminan daripada segala keburukan dan kemaksiatan.

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 222, "Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangi mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepada kamu...." Hadis Riwayat Muslim dalam kitab haji, bab haji Nabi 1218, daripada Jabir r.a. (hadis haji wada'), "Bertakwa kepada Allah dalam mengendalikan urusan perempuan (isteri). Kamu mengambil mereka dengan amanah Allah dan menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah. Hak kamu yang wajib ditunaikan isteri ialah tidak membenarkan sesiapa yang kamu benci memijak kakinya ke tempat tidurmu (memasuki rumahmu). Jika mereka melakukannya, pukul mereka dengan pukulan tidak terlalu menyakitkan (tidak mendera).

Kewajipan kamu pula ialah memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan baik. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu perkara yang kamu tidak sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang kepadanya iaitu kitab Allah.

Seterusnya Ibn Hazm dalam Kitabnya, al-Muhalla menyatakan wajib suami memberi nafkah batin (layanan) kepada isterinya sekurang-kurangnya satu kali suci daripada haid (sebulan sekali). Ayat al-Quran dan hadis serta pandangan ulama menunjukkan pentingnya tanggungjawab suami dari segi memberi nafkah zahir dan batin bagi menjaga kerukunan rumah tangga. Jika tidak perkahwinan akan hancur.

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam memperuntukkan suami atau isteri yang tidak menunaikan tanggungjawab nafkah batin kepada pasangannya boleh memohon cerai fasakh. Namun peruntukan ini mensyaratkan pengabaian itu adalah tanpa sebab yang munasabah mengikut hukum syarak lebih setahun.

Seksyen 53(1)(d) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor, 2003 memperuntukkan, "Seorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkahwin mengikut hukum syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan yang berikut, iaitu (d) suami atau isteri tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;"

Berdasarkan peruntukan itu, sesuatu perkahwinan boleh difasakhkan atas satu atau lebih alasan yang dinyatakan mengikut Seksyen 53. Jika memohon fasakh atas alasan dinyatakan di atas dan dibuktikan maka mahkamah ada bidang kuasa membubarkan pernikahan. Namun apa yang biasa timbul di Mahkamah Syariah hari ini terlalu jarang suami memohon fasakh atas alasan itu. Kebiasaannya wanita yang menggunakan peruntukan ini jika suami mengabaikan nafkah batin.

Tidak dinafikan, nafkah batin adalah soal peribadi dan rahsia mutlak wanita. Hanya isteri selain Allah mengetahui dia tidak bersama suami. Isteri harus bersumpah untuk membuktikan dakwaannya.

Fasakh atas alasan tidak menunaikan nafkah batin bersandarkan hukum syarak. Wahbah al-Zuhaily dalam kitabnya Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, juzuk. 7, halaman 535, menyatakan peruntukan fasakh atas alasan suami tidak menunaikan nafkah batin dibuat berdasarkan pandangan Mazhab Maliki. Menurut pendapat ini, tidak menunaikan nafkah batin diterima sebagai alasan memohon fasakh kerana dianggap penderaan terhadap isterinya. Penderaan merangkumi segala apa yang lahir daripada suami sama ada perbuatan, perkataan dan perbuatannya yang memudaratkan isteri dalam setiap keadaan walaupun suami tidak bermaksud menyakitinya.

Islam menegah perbuatan menzalimi kaum wanita. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 231 bermaksud, "Dan janganlah kalian pegang mereka (isteri )dengan maksud memberi mudarat kerana kamu hendak melakukan kezaliman terhadap mereka."

Daripada zahir ayat Allah memberikan panduan yang wajib diikuti suami supaya dapat bergaul dengan isteri secara baik. Kesimpulannya, jika perkahwinan tidak lagi mendatangkan kebaikan, malah menimbulkan kemudaratan terutama berkaitan nafkah batin, ia wajar dibubarkan. Jika isteri reda ia tidak menjadi suatu masalah, jika sebaliknya wajar dielak supaya isteri tidak terdedah melakukan maksiat. Islam menyediakan penyelesaian ini bagi memastikan kemaslahatan umatnya terjaga dan terjamin. Undang-undang yang digubal turut mengambil kira faktor ini untuk menegakkan keadilan tanpa 'bias' kepada lelaki atau perempuan.

sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Agama/20081014233137/Article/index_html

11 comments:

backhoe loader for sale said...

not bad.

front end loader said...

very clever.

excavator contractor said...

wow, very special, i like it.

mustang loader said...

wow, very special, i like it.

hassanbindin said...

Isteri bolih tuntut fasakh jika suami abaikan nafkah?????

1. Jangan keterlaluan menggunakan section dan ayat-ayat Allah...
2. Ingat..ayat-ayat Allah adalah untuk orang yang beriman ( disini ialah hakim, lawyer, isteri, suami, saksi-saksi dan fakta-fakta )dan bukan kepada orang yang pembohong dan munafik.
3. Jangan lah pihak-pihak yang terlibat terlalu fokus terhadap perempuan...saolah-olah lelaki itu semuaya hendak sex sahaja daripada perempuan.
4. Apakah dengan hanya 3 bulan lelaki tak dapat beri nafkah pihak perempuan dah dapat tuntut Fasakh???
Kalau mahu tahu kebenaran, ulis kepada saya nanti saya kupas apa itu sifat perempuan sekarang ini.

hassanbindin said...

Isteri bolih tuntut fasakh jika suami abaikan nafkah?????

1. Jangan keterlaluan menggunakan section dan ayat-ayat Allah...
2. Ingat..ayat-ayat Allah adalah untuk orang yang beriman ( disini ialah hakim, lawyer, isteri, suami, saksi-saksi dan fakta-fakta )dan bukan kepada orang yang pembohong dan munafik.
3. Jangan lah pihak-pihak yang terlibat terlalu fokus terhadap perempuan...saolah-olah lelaki itu semuaya hendak sex sahaja daripada perempuan.
4. Apakah dengan hanya 3 bulan lelaki tak dapat beri nafkah pihak perempuan dah dapat tuntut Fasakh???
Kalau mahu tahu kebenaran, ulis kepada saya nanti saya kupas apa itu sifat perempuan sekarang ini.

Anonymous said...

assalamualaikum.saya seorang surirumah.suami saya bekerja hanya kelindan lori.saya ada seorang anak.usianya baru 2 thun 3 bln.masalah yang saya hadapi sekarang ni,nafkah zahir saya tak pernah diberi semenjak saya b'gelar isteri yang sah.spt pakaian(semenjak b'khwin smpai lah sekarang,tak pernah di tukar),duit poket saya langsung tak diberi.saya nak kerja,tak bagi.so,saya langsung tak ada duit dalam tangan.kalau dia ada duit lebih,dia sanggup b'habis pada nombor ekor hinggakn b'puluh-puluh ringgit..nak beli sayur anak pun tak boleh.saya balik yang kena marah.lgi 1,sebagai seorang ayah,sepatutnya dia ajar anak dgn baik.tapi ni tak,dia cakap bodoh,sial depan anak..elok-elok anak tak tahu nak sebut,sekarang da tau.dan bila anak cakap macam tu depan dia,tau plak dia marah2 anak..cian ank..tolong saya..saya da tak tahan hidup dgn suami..saya langsung tak percayakan suami lagi..paras kes saya di tampar 2x pasal ppuan..bantu saya..

insan malang said...

Askum saya ingin bertanya jika lelaki tak beri nafkah batin isteri boleh tuntut fasakh tapi jika isteri yg tak beri kemudian isteri menuntut fasakh apakah ini salah lelaki juga (alasan penat atau mengantuk) cuba beri penjelasan

insan malang said...

Jgn semua kesalahan di pandang pada lelaki saja banyak juga lelaki teranaya di sebab org ke tiga dan perempuan selalunya akan mengambil kesempatan utk menuntut fasakh

Anonymous said...

Masalah saya, saya dah berkahwin selama 8tahun. Selama ini, kediaman kami sponsored by company saya. Gaji bulanan saya lebih besar berkali ganda dari dia. Sejak berkahwin, wang bulanan tak diberi untuk saya atas alasan saya bekerja. Tetapi, dia ada juga contribute inconsistently untuk perbelajaan dapur. Pakaian dia semua saya yg belikan. Selama setahun in, suami tidur di atas sofa setiap malam sekiranya dirumah. perhubungan suami isteri boleh dikira sebulan sekali... kadang kala dua bulan sekali. sayn menukar pekerjaan dan dia merungut bahawa kami akan kesusahan kerana gaji yg bakal saya terima lebih kecil dan allowance rumah tak seberapa. Sekarang sudah setahun setengah dia tidak bekerja. saya support duit bulanan dia jugak. Perhubungan dia dgn keluarga saya tak pernah baik 100% termasuklah dgn anak2 teenagers (dari perkahwinan pertama) saya yg cuma jengok saya ketika cuti sekolah setahun sekali.
Dia selalu buang muka dan tak balik langsung bila mereka menziarah. Satu lagi tabiat dia, dia tak suka saya bertanya ke mana dia mahu pergi bila dia tak puas hati. Bagi dia suami tak perlu mintak izin isteri. So, dah beberapa hari ni, saya ada terfikir, do i need him in my life? Nakfah tak beri, tempat tinggal saya yg beri, mulut kerap mencaci maki bila marah, jarang dia bercakap baik tentang org sekeliling, very secretive bila dia keluar walaupun bersama adiknya, jarang mengajak saya keluar bersama. 8tahun kahwin memang acu tak acu menunjukkan rasa keinginan mahukan cahaya mata. so, dlm erti kata sebenar.. a marriage which is just on paper. Cuma yg selalu dia dengar is that he loves me. Itu sahaja. Jadi, saya minta pendapat anda. Adakah salah jika saya meminta cerai? Sedangkan saya selalu baca bahawa Allah menguji iman kita dgn cubaan dlm hidup. Saya keliru. I know what i want in a marriage but i do not want to make a mistake in deciding.

Anonymous said...

Assalammualaikum. .sy nak tanya..saya dh berkahwin..sekarang sy tinggal dgn mentua..ada 1 hari tu sy cakap gan suami nak duduk rumah sendiri x kisah la sewa skalipun..tapi suami sy kata dia x kewangan xkukuh..mslahnye bukan ke itu tanggungjawab die..isteri mane yg nak duduk dgn mentua..leceh tau..tambah lak mak mentua sy ni ade budak jagaan smpai 6 org..sy naik pening tiap2 ari..dh la budak2 ni nakal x nk dgr kata..sy nk tuntut fasakh sbb die x boleh nk sediakn tempat tinggal untuk sy adakah itu sah? Mohon penjelasan..