sambil drive, hantar isteri ke smjkc chung cheng, buka radio ikim.fm "afdhalu ikhtiar", pagi tadi, dj tersebut membaca topik utama akhbar. antaranya ialah tentang isteri & 2 orang anak rexy maniaky diragut & diseret sejauh 5 meter. tapi yang menggusarkan aku ialah bila dj tersebut mengatakan "simpang malaikat 44". sampai ofis, aku terus search dan jumpa perkara tersebut dalam website soal jawab agama jakim :
Nama : syaf.
E-Mel : syaf84@hotmail.com.
Kategori : AKIDAH
SUB KATEGORI - Khurafat/Tahyul
Tarikh Hantar Soalan :24/08/2007 09:48 PM
Soalan :
Apakah maksud 'Simpang malaikat 44'??Saya selalu mendengar org yg lebih berumur berkata demikian..adakah ianya kepercayaan kurafat ataupun ada bicara mengenainya?.
Jawapan :
Perkataan demikian tidak menepati dengan syara', sebaik-baiknya hendaklah kita mengucapkan "saya berlindung dengan Allah daripada perkara buruk". .
Status : Selesai - Paparan Web.
Nombor Rujukan :PANEL SJAI 250807
Tarikh Selesai :25/08/2007 11:08 AM
(sumber : http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/5bf3fb7251836f9a482567f20004d104/8473e8acc21dc94f00257341004be367?OpenDocument)
bukan niat nak kondem, tapi sudah well known ikim.fm peneraju dalam penyiaran radio 100% berkisar tentang Islam. pengisiannya juga berbeda dengan saluran radio-radio yang lain, di mana ikim lebih fokus kepada perbincangan ilmu & aspek hiburan (nasyid & lagu dakwah sahaja) pula hanya untuk mengurangkan stress kepada perbincangan isu-isu yang berat, berbanding dengan saluran radio yang lain yang hanya mementingkan hiburan semata-mata.
ringkasnya, " tak patut la dj tu sebut gitu ", dan sepatutnya dia tahu menda ni. berhati-hatilah bila berbicara.