Saturday, December 27, 2008

Going to PD!

Reunion SHP UTM batch 2000-2005 (graduate in "Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
10 & 11 Januari 2008.


View Larger Map

Wednesday, November 26, 2008

My wedding 1st anniversary








25 November 2008










"Happy anniversary"







No romantic dinner to celebrate our wedding 1st anniversary. Just a cake only!

Monday, November 17, 2008

Falsafah dulang hantaran

"Dulang hantaran" atau "par", adalah antara adat dalam perarakan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. Pelbagai barang-barang yang diletak, mengikut citarasa dan kemampuan pasangan.

Kenapa perlu bilangan ganjil? 5 / 7 / 9 / 11 dan seterusnya. Pihak pengantin perempuan pula, akan membalasnya dengan kelebihan 2 dulang. Apa signifikannya?
- Mungkin cuba selarikan dengan syariat Islam, kerana Allah SWT gemar kepada bilangan yang ganjil.

Antara barang-barang yang dipersembahkan pada dulang hantaran:

1. Terjemahan Al-Quran : harapan supaya pasangan menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam apa jua keputusan yang diambil & sesiapa pun nanti boleh membawa dulang tersebut (bimbang sukar mencari orang yang berwuduk).

2. Pakaian solat; jubah solat sekiranya daripada pihak lelaki, dan baju melayu sekiranya daripada pihak perempuan : pasangan tidak lalai dalam menegakkan tiang agama, iaitu solat lima waktu.

3. Pakaian kerja; kain (untuk dibuat baju kurung), dan kemeja serta seluar slack : peranan suami dalam mencari nafkah yang halal untuk keluarga, di samping itu isteri juga berperanan memudahkan kerja-kerja suaminya, serta turut serta membantu suami menambah pendapatan keluarga.

... to be continue ...

Saturday, November 8, 2008

Garam & Gula

"Kalu tak leh buwi duit pitih ko budok, buwi gare gulo tak po doh. Jange biar dio kelik sajo", kata Mak Long, sambil meletakkan sedikit garam dan gula di bibir Nasih. Katanya lagi, ini adalah pesan Allahyarham Ayoh Mat (suami Mak Long).

Thursday, November 6, 2008

Pesakit serasi dengan Bomoh, tanda awal rawatan akan mujarab

Istilah orang-orang tua (kelantan), "ghasi" atau "rasi" atau istilah rasminya "serasi". Keserasian antara pesakit dengan bomoh, dijadikan asas awal dalam menentukan kemujaraban rawatan alternatif ini. Contohnya situasi si pesakit pergi ke rumah bomoh, kemudian didapati bomoh tiada di rumah atau sakit atau lain-lain hal yang membawa maksud bomoh tidak dapat memberikan khidmatnya. Situasi ini dikatakan, pesakit tidak serasi dengan bomoh.

Boleh percaya ke?

Panduan memilih minyak hitam/silinder untuk kenderaan anda

Terdapat pelbagai brand minyak hitam di pasaran. Masing-masing adalah kelebihan tersendiri. Namun, tahukah anda bagaimana memilih minyak hitam/silinder yang baik? Tahukah anda umumnya terdapat dua jenis minyak hitam, iaitu minyak hitam yang baru & minyak hitam yang telah di-recon-kan (minyak hitam yang telah digunakan, kemudian diproses/ditapis semula, kemudian dibotolkan semula untuk dijual). Minyak hitam jenis recon ini adalah minyak hitam yang "tidak bagus untuk kesihatan" kenderaan anda. Very sad to say, minyak hitam recon ini menggunakan brand yang biasa terdapat di pasaran.

Ini adalah maklumat yang saya perolehi melaui seorang formen. Kaedahnya adalah untuk membezakan kedua-duanya adalah mudah, iaitu menghidu bau minyak hitam tersebut. Jika minyak hitam recon, ia akan berbau hangit + bau besi !!!


Testimoni terhadap minyak hitam Maxoil, tidak berbau hangit + besi !!!

Sunday, November 2, 2008

jual minyak hitam la plak ...

sesape nak beli / tanya, bleh ctc saya di no hp yg tertera. nak jadi dealer pun boleh. bisa diurus ...

Thursday, October 16, 2008

Hati-hati membeli makanan

Kod Babi Dalam Makanan (klik icon untuk download artikel)

Wednesday, October 15, 2008

Isteri boleh tuntut fasakh jika suami abai nafkah

Peguam Syarie Menulis: Isteri boleh tuntut fasakh jika suami abai nafkah

Islam sedia penyelesaian adil bagi jamin hak wanita dalam sesebuah perkahwinan

ANTARA tanggungjawab suami kepada isteri ialah menyediakan nafkah zahir dan batin. Nafkah adalah hak isteri yang wajib ditunaikan suami menurut kemampuannya. Ibnu Rusyd dalam kitabnya Bidayatul Mujtahid, (Juzuk 11, terjemahan, halaman 424) fuqaha' sependapat nafkah wajib ke atas suami merdeka dan nafkah kepada isteri perlu selaras dengan ketaatannya.

Nafkah batin diakui fitrah semula jadi manusia yang memerlukan kasih sayang dan belaian. Firman Allah an-Nisa ayat 19 bermaksud, "dan bergaullah dengan mereka (isteri kamu) menurut cara yang ma'ruf (secara layak)."

Firman ini jelas menunjukkan hak nafkah batin isteri amat penting dalam perkahwinan. Isteri yang tidak mendapat hubungan seksual atau perhatian dan kasih sayang mudah hilang arah sekali gus membuka ruang untuknya melakukan maksiat. Suami patut menjadi pelindung kepada isteri dalam memberikan jaminan daripada segala keburukan dan kemaksiatan.

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 222, "Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangi mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepada kamu...." Hadis Riwayat Muslim dalam kitab haji, bab haji Nabi 1218, daripada Jabir r.a. (hadis haji wada'), "Bertakwa kepada Allah dalam mengendalikan urusan perempuan (isteri). Kamu mengambil mereka dengan amanah Allah dan menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah. Hak kamu yang wajib ditunaikan isteri ialah tidak membenarkan sesiapa yang kamu benci memijak kakinya ke tempat tidurmu (memasuki rumahmu). Jika mereka melakukannya, pukul mereka dengan pukulan tidak terlalu menyakitkan (tidak mendera).

Kewajipan kamu pula ialah memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan baik. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu perkara yang kamu tidak sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang kepadanya iaitu kitab Allah.

Seterusnya Ibn Hazm dalam Kitabnya, al-Muhalla menyatakan wajib suami memberi nafkah batin (layanan) kepada isterinya sekurang-kurangnya satu kali suci daripada haid (sebulan sekali). Ayat al-Quran dan hadis serta pandangan ulama menunjukkan pentingnya tanggungjawab suami dari segi memberi nafkah zahir dan batin bagi menjaga kerukunan rumah tangga. Jika tidak perkahwinan akan hancur.

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam memperuntukkan suami atau isteri yang tidak menunaikan tanggungjawab nafkah batin kepada pasangannya boleh memohon cerai fasakh. Namun peruntukan ini mensyaratkan pengabaian itu adalah tanpa sebab yang munasabah mengikut hukum syarak lebih setahun.

Seksyen 53(1)(d) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor, 2003 memperuntukkan, "Seorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkahwin mengikut hukum syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan yang berikut, iaitu (d) suami atau isteri tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;"

Berdasarkan peruntukan itu, sesuatu perkahwinan boleh difasakhkan atas satu atau lebih alasan yang dinyatakan mengikut Seksyen 53. Jika memohon fasakh atas alasan dinyatakan di atas dan dibuktikan maka mahkamah ada bidang kuasa membubarkan pernikahan. Namun apa yang biasa timbul di Mahkamah Syariah hari ini terlalu jarang suami memohon fasakh atas alasan itu. Kebiasaannya wanita yang menggunakan peruntukan ini jika suami mengabaikan nafkah batin.

Tidak dinafikan, nafkah batin adalah soal peribadi dan rahsia mutlak wanita. Hanya isteri selain Allah mengetahui dia tidak bersama suami. Isteri harus bersumpah untuk membuktikan dakwaannya.

Fasakh atas alasan tidak menunaikan nafkah batin bersandarkan hukum syarak. Wahbah al-Zuhaily dalam kitabnya Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, juzuk. 7, halaman 535, menyatakan peruntukan fasakh atas alasan suami tidak menunaikan nafkah batin dibuat berdasarkan pandangan Mazhab Maliki. Menurut pendapat ini, tidak menunaikan nafkah batin diterima sebagai alasan memohon fasakh kerana dianggap penderaan terhadap isterinya. Penderaan merangkumi segala apa yang lahir daripada suami sama ada perbuatan, perkataan dan perbuatannya yang memudaratkan isteri dalam setiap keadaan walaupun suami tidak bermaksud menyakitinya.

Islam menegah perbuatan menzalimi kaum wanita. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 231 bermaksud, "Dan janganlah kalian pegang mereka (isteri )dengan maksud memberi mudarat kerana kamu hendak melakukan kezaliman terhadap mereka."

Daripada zahir ayat Allah memberikan panduan yang wajib diikuti suami supaya dapat bergaul dengan isteri secara baik. Kesimpulannya, jika perkahwinan tidak lagi mendatangkan kebaikan, malah menimbulkan kemudaratan terutama berkaitan nafkah batin, ia wajar dibubarkan. Jika isteri reda ia tidak menjadi suatu masalah, jika sebaliknya wajar dielak supaya isteri tidak terdedah melakukan maksiat. Islam menyediakan penyelesaian ini bagi memastikan kemaslahatan umatnya terjaga dan terjamin. Undang-undang yang digubal turut mengambil kira faktor ini untuk menegakkan keadilan tanpa 'bias' kepada lelaki atau perempuan.

sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Agama/20081014233137/Article/index_html

Harga petrol turun


Harga petrol turun RM0.15 hari ni. Alhamdulillah ...

Khasiat daun bayam praksi

Daun bayam praksi? Mesti ramai yang tidak tahu. Aku pun baru jer tahu! Kata orang-orang tua, daun ni boleh dijadiakn ulam atau buat masak sayur air. Selain tu, masih ada khasiat lagi. Berguna untuk mengubati sakit sarat/uluran bayi. Ambil beberapa helai daun bayam praksi, kemudian gilis sampai lumat, dan lumurkan ke perut bayi. Insya Allah ...

Panduan Kepada Pembeli Rumah

Beberapa Aspek Penting bagi Pembeli Rumah


Sebelum anda membuat keputusan bagi membeli rumah, sila pastikan:

• Pemaju Perumahan mempunyai lesen yang sah dan masih lagi berkuatkuasa
• Mempunyai permit iklan dan jualan yang sah dan masih lagi berkuatkuasa

Kenal Pasti Jenis Rumah

Surat Perjanjian Jual dan Beli (SPJB) untuk tanah dan bangunan (landed property) seperti rumah banglo, rumah berkembar dan rumah teres ialah 24 bulan. SPJB untuk bangunan yang dipecahbahagikan (Building intended for subdivision) seperti kondominium, rumah pangsa, apartment dan rumah bandar ialah 36 bulan.

Pembeli adalah dinasihatkan mendapatkan brosur/risalah secara percuma daripada pemaju di mana di dalamnya terdapat semua maklumat penting projek termasuk nombor lesen, permit dan sebagainya.

Status Tanah

Pastikan status tanah sama ada:-

• Hakmilik Kekal - bermakna selama-lamanya kekal.
• Pajakan – pastikan baki pajakan tamat pada tarikh pembelian.
• Rezab Melayu.
* Semakan mengenai status tanah ini boleh dibuat secara carian di Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftar Negeri.

Maklumat Brosur

Brosur diberi percuma oleh pemaju dan pastikan kandungan brosur mempunyai maklumat berikut:-

1.Nombor lesen pemaju perumahan dan tarikh sah laku;

2. Nombor permit iklan dan jualan dan tarikh sah laku;

3. Nama dan alamat:
i) Pemaju perumahan berlesen
ii) Ejen-ejen yang diberi kuasa (jika ada)
iii)Pemegang surat kuasa wakil (jika ada)
iv)Syarikat pengurusan projek (jika ada)

4. Status tanah:

i) Bebas
ii) Pajakan - pastikan tarikh tamat pajakan
iii)Bebanan – sama ada telah dicagarkan kepada bank untuk pinjaman.

5. Dekripsi kedudukan
i) Spesifikasi bahan binaan rumah
ii)Luas bangunan
iii)Kemudahan/perkhidmatan

6. Nama projek perumahan, jika ada;

7.Tarikh projek perumahan dijangka siap;

8.Harga jualan setiap jenis rumah;

9. Bilangan unit setiap jenis yang ada; dan

10.Nama Pihak Berkuasa Tempatan yang meluluskan pelan-pelan bangunan dan nombor rujukannya.

Hak dan Kepentingan Pembeli dalam Perjanjian Jual dan Beli Rumah

Perlu difahami isi perjanjian Jual dan Beli rumah sepertimana JADUAL G dan H yang terdapat dalam Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.

Bayaran Pertama

Pembeli perlu menandatangani SPJB pada masa pembayaran pertama 10% harga rumah dibayar kepada pemaju. Pastikan tarikh bayaran pertama dan SPJB adalah tarikh yang sama. Untuk makluman pemaju tidak boleh mengutip apa-apa bayaran dengan nama apa pun tanpa suatu Surat Perjanjian Jual dan Beli.

Perakuan Arkitek


Pastikan apa-apa tuntutan bayaran ansuran kepada pemaju disokong dengan satu perakuan yang ditandatangani oleh Arkitek atau Jurutera Pemaju yang bertauliah.

Faedah Yang Dikenakan

Sekiranya pembeli atau pembiayaan (End Financier) pembeli gagal membayar bayaran ansuran dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh menerima notis bertulis bayaran, pembeli akan dikenakan faedah oleh pemaju yang dikira dari hari ke hari atas kadar 10% setahun ke atas ansuran yang tidak berbayar.

Pembatalan Perjanjian Jual dan Beli

Sila ambil ingatan bahawa kegagalan pembeli membayar bayaran ansuran dan faedah yang dikenakan bagi suatu tempoh melebihi 28 hari, pemaju boleh menamatkan perjanjian Jual dan Beli. Pemaju hendaklah menghantar Surat Berdaftar A.R. kepada pembeli tentang hasratnya membatalkan Perjanjian Jual dan Beli.

Bayaran Penyelenggaraan Infrastruktur

Pembeli hendaklah membayar kos penyenggaraan infrastruktur dari tarikh pemilikan kosong sehingga masa penyenggaraan infrastruktur diambil alih oleh Pihak Berkuasa Berkenaan atau Perbadanan Pengurusan (bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi. Infrastruktur yang dimaksudkan ialah:

a) Bagi tanah dan bangunan

.: Jalan, jalan masuk rumah, parit, pembentung, saluran air dan loji pembentungan bagi pemajuan perumahan berkenaan.

b) Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi

.: Jalan, jalan masuk rumah, parit, pembentung, saluran air dan loji pembentungan bagi bangunan berkenaan.

Bayaran Penyelenggaraan Perkhidmatan

Mulai dari tarikh pemilikan kosong pembeli hendaklah membayar bagi perkhidmatanperkhidmatan seperti berikut:-

Bagi tanah dan bangunan

(i) Perkhidmatan pungutan sampah, pembersihan parit-parit awam, pemotongan rizab jalan.

(ii) Bayaran ini wajib dibayar hanya sehingga perkhidmatan ini diambil alih oleh Pihak Berkuasa Yang Berkenaan.

(iii) Pembelii hendaklah membayar pendahuluan sebanyak 6 bulan pada masa mengambil pemilikan kosong. Sekiranya selepas 6 bulan, perkhidmatan ini masih belum di ambil alih Pihak Berkuasa Yang Berkenaan, apa-apa pembayaran selepas itu hendaklah dibayar secara pendahuluan bulanan.

Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi

(i) Bayaran perkhidmatan adalah bagi penyenggaraan dan pengurusan harta bersama dan pembayaran bermula apabila pemilikan kosong diambil.

(ii) Pembeli hendaklah membayar deposit satu (1) bulan dan tiga (3) bulan pendahuluan bagi perkhidmatan penyenggaraan ini dan apa-apa bayaran kemudian hendaklah dibayar satu bulan terdahulu.

(iii) Bayaran perkhidmatan penyenggaraan ini wajib dibayar kepada pemaju daripada tarikh pemilikan kosong sehingga penubuhan suatu perbadanan pengurusan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985.

(iv) Apabila Perbadanan Pengurusan (Management Corporation) di tubuhkan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985, perkhidmatan penyenggaraan akan diambil alih oleh Perbadanan Pengurusan ini dan pembeli adalah wajib membayar perkhidmatan penyenggaraan kepada Perbadanan ini dan bukan lagi kepada pemaju.


Ingatan:-
Pembeli perlu mengambil ingatan bahawa perkhidmatan penyenggaraan ini wajib dibayar selagi pembeli adalah pemilik petak dalam bangunan yang diselenggarakan.

Kumpulan Wang Penjelas (Sinking Fund)

Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi sahaja.Pembeli hendaklah pada tarikh mengambil pemilikan kosong petak mencarum kepada kumpulan wang penjelas suatu amaun yang sama dengan sepuluh peratus (10%) daripada bayaran perkhidmatan. Pembeli hendaklah membayar deposit satu (1) bulan dan tiga (3) bulan pendahuluan sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Penjelas mulai tarikh pemilikan kosong dan selepas itu caruman yang sedemikian hendaklah dibayar satu bulan terdahulu.

Bayaran Cukai Tanah, Cukai Taksiran dan Lain-lain

Mulai dari tarikh Pemilikan Kosong atau tarikh harta dipindahmilik mengikut mana yang terdahulu, pembeli adalah bertanggungjawab membayar cukai tanah, kadaran, cukai taksiran dan bayaran-bayaran lain berkenaan dengan harta yang dibeli.

Tempoh Pemilikan Kosong

Pemilikan kosong bangunan dengan bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan hendaklah diserahkan kepada pembeli dalam tempoh 24 bulan kalendar dari tarikh Perjanjian (bagi tanah dan bangunan) dan 36 bulan (bagi bangunan yang dipecahbahagi).

Syarat-Syarat dan Hak Pembeli Semasa Penyerahan Pemilikan Kosong (VP)

Pastikan harta bebas daripada sebarang bebanan semasa menerima notis penyerahan pemilikan kosong. Sekiranya pemaju memajak tanah atau harta, minta pemaju selesaikan baki yang ada semasa penyerahan pemilikan kosong. Syarat-syarat yang perlu dipatuhi:-

(i) Perakuan dikeluarkan oleh Arkitek Pemaju yang mengesahkan:

a. Bangunan tersebut telah siap.
b. Bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan.

(ii) Pemaju telah memohon:

a. Pengeluaran CFO melalui Borang E *
b. PBT telah mengeluarkan surat perakuan bahawa Borang E telah disemak dan diterima oleh PBT.

* Borang E adalah permohonan daripada Arkitek pemaju kepada PBT untuk pengeluaran CFO.

Pembeli hanya boleh menduduki rumah apabila CFO sudah dikeluarkan oleh PBT dan kerja-kerja mengubah suai rumah hanya dibenarkan selepas mendapat CFO serta kelulusan pelan oleh PBT berkenaan. Semasa pemeriksaan bangunan, sebarang kecacatan sahih direkodkan dan diserahkan kepada pemaju untuk tujuan pembaikan. Pastikan anda mendapat salinan aduan.Pembeli berhak menuntut ke atas kelewatan pemaju menyiapkan rumah.

Bayaran Gantirugi

Sekiranya pemaju gagal menyerahkan Pemilikan Kosong Bangunan pada masa yang ditetapkan dalam Perjanjian Jual dan Beli, pemaju hendaklah membayar kepada pembeli gantirugi yang dikira dari hari ke hari dengan kadar 10% setahun daripada harga beli rumah.

Tempoh Liabiliti Kecacatan

Tempoh Liabiliti Kecacatan adalah 18 bulan selepas Penyerahan Pemilikan Kosong.

Penubuhan Perbadanan Pengurusan Bagi Tanah dan Bangunan Yang DiPecahbahagi

Satu Perbadanan Pengurusan akan diwujudkan oleh pembeli-pembeli apabila Hakmilik Strata bagi tiap-tiap petak dikeluarkan dan dipindahmilik kepada pembeli. Selain daripada beberapa fungsi lain, Perbadanan pengurusan adalah bertanggungjawab untuk menginsurankan dan menyelenggara bangunan.

Pertanyaan atau Aduan Perumahan

Anda boleh menghubungi :

Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasa
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Paras 3, Blok B Utara, Pusat Bandar Damansara
50782 KUALA LUMPUR

No.Tel : 03 - 20947033
No.Fax : 03 - 20925049

sumber : http://www.kpkt.gov.my/kpkt/borang/tribunal/panduanpembeli.pdf

Tuesday, October 14, 2008

Learning Islam For Dummies

layari http://quranicgroup.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut !

saya sarankan anda memiliki siri-siri buku ini 100 persen !!!

Monday, October 13, 2008

Jaga anak-anak anda ...

Laman web lucah mudah dilayari

Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my


Pengendali mendapat keuntungan beratus-ratus ribu ringgit sebulan menerusi caj serendah 15 sen sehari

SEORANG pembaca Berita Minggu terkejut menerima jawapan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bahawa daripada 25 laman web lucah yang sangat popular terutama di kalangan remaja hanya dua yang boleh disekat.

Selebihnya tiada peruntukan undang-undang yang boleh digunakan untuk menyekat atau menutup laman web berkenaan.

Khairul Amir yang bimbang dengan perkembangan laman web lucah di negara ini membuat aduan itu kepada SKMM dan menerima jawapan yang mengejutkannya kerana laman web lucah itu bukan saja bebas beroperasi di negara malah mengaut keuntungan besar.

Pengendali laman web pula dikatakan mampu mengelak undang-undang mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang longgar dan pemeriksaan pengawasan pula hanya dijalankan secara rambang serta berdasarkan aduan.

Katanya, mengikut jawapan SKMM atas aduannya itu, dua lagi laman web disifatkan tidak mempunyai kandungan bercanggah dengan peruntukkan AKM 1998 dan tiada tindakan akan diambil.
SEBAHAGIAN daripada laman web lucah popular yang dilayari remaja.

Tinjauan mendapati, laman web itu jelas memaparkan gambar ghairah gadis kebanyakan rakyat tempatan serta cerita seks. Sembilan daripada 25 laman web itu pula didapati berpangkalan di luar negara dan tiada sebarang tindakan boleh dikenakan.

Tujuh lagi laman web tidak melanggar kehendak seksyen 211, AKM 1998 selepas didapati pengunjung perlu mendaftar secara sukarela dan menerima pelawaan daripada pengendali web manakala tiga laman web lain meletakkan syarat tertentu kepada pengunjung sebelum dibenarkan melayari kandungannya.

Pengendali laman web mendapat keuntungan beratus-ratus ribu ringgit sebulan menerusi caj serendah 15 sen sehari. Mereka menyediakan bahan lucah yang membolehkan pengunjung memuat turun dan menonton selain membaca cerita seks.

Bayaran 15 sen yang dikenakan oleh sebuah laman web itu bagi pengunjung mendapatkan akses menonton semua kandungan web. Berita Minggu mendapati, satu daripada web itu mempunyai 4,565 ahli berdaftar tidak termasuk pelawat biasa.

Jika angka itu diambil purata sehari, pengendali web mampu meraih keuntungan lebih RM20,000 sebulan dengan pendapatan RM675 sehari. Kepada pengunjung baru, mereka tetap diberikan akses percuma untuk beberapa klip video sebelum diminta membayar yuran untuk peringkat seterusnya.

Terdapat laman web yang cuma memerlukan pengunjung mendaftar alamat emel sebagai syarat pendaftaran ahli baru. Ada juga yang meminta ahli mengekalkan keahlian dengan syarat mesti menjadi penyumbang bahan lucah termasuk ada yang menggadai 'koleksi peribadi' untuk mengelakkan keahlian.

Mengulas situasi itu, jurucakap SKMM berkata, disebabkan terlalu banyak laman web yang boleh dilayari, sukar bagi mereka memantau secara terperinci dan hanya bertindak berdasarkan aduan dan pemantauan rambang.

"Walaupun AKM 1998 tidak membenarkan penapisan internet, kita masih boleh bertindak mengikut Seksyen 211 atau 233 ke atas web mengandungi isu kandungan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat mengacau, mendera, menggugut atau mengganggu.

"Tetapi disebabkan kita tidak dibenarkan menapis internet, maka penggunaan perisian penapisan di laluan masuk (gateway) oleh pihak pemberi perkhidmatan internet (ISP) tidak boleh dijalankan seperti di Arab Saudi dan China," katanya.

Berhubung 25 aduan berkenaan, katanya satu daripadanya sudah diarah tutup sementara manakala satu lagi dikategorikan tidak aktif termasuk kemungkinan ditutup pemiliknya.

Katanya, penilaian kandungan laman web sama ada berbentuk sumbang, lucah, palsu atau jelik adalah sangat subjektif. Mengikut Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia, tafsiran lucah ialah sekiranya boleh menimbulkan rasa jijik kerana gambarannya memberahikan dan menyinggung tanggapan adab berhubung kesopanan dan kehormatan.

Ujian kelucahan juga dinilai dengan melihat kepada kandungan itu mempunyai kecenderungan merosakkan pemikiran sesiapa yang terdedah kepada komunikasi berkenaan dengan memberi perhatian kepada adegan seks terlampau atau pornografi, pornografi kanak-kanak dan penghinaan seksual.

Mengenai caj bayaran dikenakan untuk melayari web, katanya, ia jelas melanggar peraturan mengikut Seksyen 233 (2) (a) kerana memberikan komunikasi lucah bagi tujuan komersial. Bagaimanapun, bayaran itu tidak dikawal selia dan ia juga tidak boleh dikaitkan sama ada web itu sah atau tidak.

INFO:

Laman web yang disiasat, sudah disiasat dan sudah dikenakan tindakan (68 kes).

* 25 kes : Tindakan Penguatkuasaan di bawah AKM 1998
* 38 kes: Ditutup (termasuk tiada perlanggaran AKM 1998, di luar bidangkuasa SKMM dan kandungan ditarikbalik)
* 5 : Dalam Siasatan



Aduan yang diterima SKMM:

* Januari - Mac 2008 : 628 (lain-lain perkara) dan 13 (laman web)
* April - Jun 2008: 1,076 (lain-lain perkara) dan 35 (laman web)
* 2007: 2,147 (lain-lain perkara) dan 30 (laman web)



Jumlah laman web lucah: Berdasarkan laman web internet-filter-review pada 2006.

* 4.2 juta web lucah
* Bersamaan 12 peratus daripada keseluruhan laman di internet.



Tindakan:

* Peruntukkan Seksyen 211 dan 233 AKM 1998: denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan denda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disabitkan bersalah.




Remaja mudah ketagih seks

REMAJA melepasi tahap umur 'akil baligh' adalah golongan paling ramai melayari laman web lucah dan menjadi sasaran paling mudah disebabkan 'ledakan perasaan' yang cenderung kepada perlakuan seksual.

Perubahan tahap umur itu mendorong kepada keinginan kuat mengikut kehendak nafsu apatah lagi jika menonton video, melihat gambar lucah atau membaca artikel seks.

Profesor Madya Dr Mariani Md Nor dari Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), berkata terlalu banyak kesan negatif jika membiarkan remaja melayari internet tanpa pengawasan yang mendorong mereka melayari laman web lucah.

"Remaja akil baligh cukup mudah naik nafsu syahwat terutama apabila melihat bahan lucah, mereka juga sudah tahu apa itu hubungan seks. Perubahan itu akan mencapai kemuncak jika wujud pergaulan tanpa batasan dan ketagihan seks.

"Banyak kes rogol bawah umur berlaku antara kenalan, rakan, pasangan kekasih disebabkan mereka tidak mempedulikan larangan agama dan undang-undang. Apa yang mereka fikirkan hanya untuk berseronok disebabkan wujudnya 'pencetus' iaitu bahan lucah.

"Jika tidak terdedah kepada anasir tidak sihat ini, masalah sosial itu tidak akan berlaku," katanya.

Bagi sesetengah remaja berniat jahat, mereka sanggup melakukan apa saja untuk memenuhi kehendak nafsu termasuk meletakkan pil khayal ke dalam minuman teman wanita atau kenalan sebelum merogol mangsa.

Dr Mariani berkata, aktiviti itu akan memberi kesan langsung kepada remaja yang masih bersekolah, mereka akan mengabaikan mata pelajaran, pencapaian akademik merosot, keruntuhan moral serta hubungan renggang dengan keluarga.

"Apabila sudah terjerumus, tentu ibu bapa akan marah tanpa menyedari apa sebenarnya dilalui anak-anak. Akan timbul juga masalah apabila keluarga terlalu mengawasi anak-anak di rumah, mereka akan mencari jalan melayari internet di luar rumah disebabkan ketagihan," katanya.

Faktor bayaran serendah 15 sen sebagai yuran melayari laman web juga mendorong ketagihan dan Mariani percaya kegiatan itu mensasarkan kepada remaja daripada keluarga berpendapatan sederhana ke bawah yang dilihat lebih daripada mampu untuk menjelaskan kadar bayaran berkenaan.

Katanya, dengan kadar bayaran itu, sesiapa saja mampu melayari laman web lucah dan tidak mustahil ada antaranya sanggup menyimpan wang saku ke sekolah kerana mahu menghabiskan masa melayari web itu.

"Semua ini membuktikan capaian internet cukup mudah, kanak-kanak juga boleh melakukannya. Apa yang kita saksikan sekarang ialah runtuhnya moral masyarakat kini, kes gugurkan kandungan, buang bayi berleluasa," katanya.

Faktor tiada penguatkuasaan konkrit, tiada pegangan agama serta wujudnya peluang serta pilihan yang banyak dan murah untuk mendapatkan bahan lucah kini menjadikan kegiatan itu menguntungkan satu pihak, pada masa sama meruntuhkan institusi masyarakat.


Pengendali web lucah tidak terlepas tindakan

BENARKAH pengendali laman web lucah boleh berselindung di sebalik terma 'persetujuan pengunjung' untuk mengelak dikenakan tindakan?

Seorang peguam, Abu Backer Sidek berkata sebenarnya pengendali berkenaan boleh dikenakan tindakan kerana jelas bertentangan dengan tujuan penubuhan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 iaitu menjamin perkembangan sihat.

Berdasarkan peruntukkan seksyen 211, AKM 1998, membawa maksud mengekal, menjamin perkembangan sihat dalam dunia siber, kegiatan menghantar atau menyebar bahan lucah adalah bertentangan dengan nilai moral.

Katanya, AKM 1998 menjelaskan maksud sesiapa yang menghantar, menyebar bahan lucah di internet boleh dikenakan tindakan walaupun mereka menggunakan alasan ada kerelaan pengunjung web.

Sebelum ini, banyak pihak mempersoalkan AKM 1998 yang dilihat longgar dalam mengawal perkembangan penyebaran bahan lucah berikutan terlalu banyak laman web lucah berpangkalan di dalam dan luar negara yang boleh diakses secara mudah.

Pengendali laman web itu berselindung di sebalik 'persetujuan pengunjung' yang mematuhi terma ditetapkan, secara sukarela walaupun ada yang mengenakan bayaran. Taktik itu membolehkan mereka mengelak daripada tindakan kerana ia dilakukan tanpa paksaan dan bersyarat.

"Sudah tentu ia bertentangan dengan tujuan menjamin perkembangan sihat. Adakah penyebaran bahan lucah dikatakan perkembangan sihat?.... sudah tentu tidak dan ia bertentangan dengan nilai moral. Jadi, seksyen 211 AKM 1998 boleh digunakan dalam hal ini.

"Jika pengendali berselindung di sebalik faktor kerelaan pengunjung, ia sebenarnya cuma 'tiket' rayuan untuk mengurangkan hukuman. Walaupun akta itu bukan bertujuan menyekat, ia masih boleh dikuatkuasakan bertujuan mengawal perkembangan tidak sihat," kata Abu Backer.

Mengikut seksyen itu, individu yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda RM50,000 dan penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

Abu Backer berkata, memang diakui kerajaan memberi jaminan untuk tidak menapis internet mengikut Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees) yang bertujuan menggalakkan pertumbuhan syarikat berkaitan MSC di negara ini.

Namun katanya, AKM 1998 adalah akta berkenaan undang-undang siber yang dibentuk sebagai satu rangka kerja bagi campur tangan kerajaan dalam memantau industri berkenaan yang mencakupi ruang lingkup kegiatan dunia siber.

Katanya pengawalan mesti datang daripada kerajaan dan ditingkatkan daripada semasa ke semasa terutama ke atas laman web yang berpangkalan di dalam negara.

Bagaimanapun, beliau mengaku kebanyakan laman web itu berpangkalan di luar negara dan ia sukar ditapis kerana melangkaui sempadan kuasa serta perlu diteliti mengikut peruntukan yang boleh digunakan.

sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20081012090908/Article/index_html

Monday, October 6, 2008

Tahniq (belah mulut) & bercukur

Kita mungkin sering mendengar budaya ‘belah mulut’ dalam masyarakat Melayu. Ia dikhususkan untuk bayi.

Lazimnya budaya ‘belah mulut’ di kalangan orang Melayu ini diadakan setelah seseorang bayi itu dilahirkan. Begitu juga dengan akikah.

Sebenarnya ia adalah antara amalan yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW (sunah) ke atas cucu baginda dan ia dinamakan tahniq.

Cuma cara dan konsep ‘belah mulut’ kalangan orang Melayu agak kurang bertepatan dengan sunah Nabi.

Ini kerana tahniq yang menjadi sunah adalah menyuap atau memasukkan manisan (tamar) yang dikunyah oleh Nabi (orang soleh) ke lelangit bayi.

Cara ini diharap doa dan air liur daripada mulut Nabi dan orang-orang soleh yang sentiasa membesarkan Allah SWT dan ayat-ayat al-Quran ketika melakukan tahniq akan diwarisi oleh bayi berkenaan.

Ketika itu juga bayi dinamakan dan dicukurkan rambut. Diikuti dengan akikah dengan menyembelih seekor kambing tanpa dipatah-patahkan tulang (kecuali potong pada sendi) untuk dijamu kepada orang ramai sebagai tanda kesyukuran atas kurniaan Allah SWT dengan kelahiran seorang bayi. Ia dilakukan selepas tujuh hari bayi dilahirkan.

Sebelum itu Rasulullah SAW diriwayatkan turut memperdengarkan azan serta iqamat ke telinga cucu baginda sebaik anaknya, Fatimah r.a. melahirkan Hassan bin Ali.

Sunah dalam melaksanakan akikah bagaimanapun ialah selepas tujuh hari kelahiran sehingga seseorang anak itu belum mencapai usia baligh.

Oleh W. RAHIMAH DRAMAN

Wajib uji HIV untuk nikah

Oleh Mohamed Farid Noh dan Nor Azma Laila bhnews@bharian.com.my

Peraturan dilaksana tahun depan: Jakim


KUALA LUMPUR: Mulai tahun depan, semua semua pasangan Islam di negara ini yang mahu berkahwin, diwajibkan menjalani ujian saringan HIV sebagai syarat sebelum dibenarkan untuk melangsungkan pernikahan.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata dasar itu dapat dilaksanakan tahun depan selepas semua majlis agama negeri memberi persetujuan untuk menguatkuasakan peraturan berkenaan pada Persidangan Ketua-Ketua Jabatan Agama anjuran Jakim, Julai lalu.

"Walaupun bakal pengantin yang ingin berkahwin didapati positif HIV melalui ujian itu, mereka tidak akan dihalang bernikah jika tetap mahu meneruskan perkahwinan.

"Sebaliknya pihak berkuasa agama negeri masing-masing akan berperanan membantu pasangan terbabit dengan memberi kaunseling dan khidmat nasihat supaya langkah pencegahan serta persediaan lengkap dari sudut fizikal dan mental dapat diambil," katanya kepada Berita Harian.

Pada 2006, Ketua Pengarah Jakim ketika itu, Datuk Mustapa Abdul Rahman mengumumkan bakal pengantin di seluruh negara akan diwajibkan menjalani ujian saringan HIV/Aids mengikut modul Jabatan Agama Johor (JAJ), yang mewajibkan semua bakal pengantin Islam mendapatkan sijil kesihatan sebelum bernikah.

Bagaimanapun, dasar yang dipelopori Johor sejak 2001 itu tidak dapat dilaksanakan kerana Jakim tidak boleh mengeluarkan arahan kepada semua kerajaan negeri bagi mewajibkan ujian berkenaan berikutan hal ehwal agama Islam terletak di bawah bidang kuasa mereka.

Setakat ini, Selangor, Kelantan, Terengganu, Perak, Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan mewajibkan ujian saringan itu bagi bakal pengantin, manakala Sarawak belum melaksanakannya.

Pahang dan Sabah pula tidak mewajibkan ujian itu sebaliknya memberi pilihan kepada bakal pengantin sama ada untuk melakukannya atau tidak.

Wan Mohamad berkata, ujian saringan yang akan dijalankan ke atas pasangan yang bakal berkahwin itu juga akan ditawarkan secara percuma.

sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/BeritaUtama/20081005232332/Article

inai / henna


tentu anda pernah & tergelak sendirian bila menonton iklan U mobile, "i want to do henna!".

tahukah anda "henna" atau dalam masyarakat melayu disebut "inai". lebih popular di kalangan wanita, lebih-lebih lagi bila time pertunangan & perkahwinan. kata orang, bila berinai, pengantin kelihatan lebih manis!

tapi, tahukah juga anda, daun inai juga boleh digunakan sebagai ubat bagi baby yang demam, kerana ia dapat menurunkan suhu badan. iaitu dengan merebus daun inai, kemudian campur dengan air biasa supaya air mandian menjadi suam. selamat mencuba!

Sunday, October 5, 2008

aqiqah

AQIQAH UNTUK ANAK

Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)

Hukum Aqiqah

Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.

Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

Daging Aqiqah

Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekahkan dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis walaupun aqiqah itu aqiqah nazar. Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan.Kemudian daging yang telah dimasak itu diberi makan kepada fakir miskin, sama ada dengan dihantar masakan itu ke rumah-rumah mereka atau dijemput mereka itu hadir makan di rumah tempat beraqiqah. Namun yang lebih afdal adalah dihantar masakan tersebut ke rumah-rumah orang fakir miskin.

Sementara itu, sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.Dalam hal memakan, menyedekah dan menghadiahkan daging aqiqah tersebut sama keadaannya dengan korban.

Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:

Maksudnya: "Afdal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya."
(Hadis riwayat al-Hakim)

Ini bertujuan untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak patah sebagaimana tidak pecah dan tidak patahnya tulang-tulang binatang aqiqah itu.

Waktu Aqiqah

Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih. Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.

Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya maksudnya :

"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ketujuh, memberikan kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala)."
(Hadis riwayat al-Hakim)


Termasuk dalam kiraan tujuh hari itu, hari anak itu dilahirkan. Jika anak itu dilahirkan pada waktu siang sebelum terbenam matahari, maka hari itu dikira satu hari. Sebaliknya jika dia dilahirkan pada waktu malam, maka malam dia dilahirkan itu tidak dikira sebagai satu hari, bahkan kiraan tujuh hari itu bermula daripada hari selepasnya (siang berikutnya).Waktu yang afdhal untuk menyembelih binatang aqiqah itu ialah setelah terbit matahari.

Melakukan Aqiqah Sebelum Kelahiran

Sebagaimana penjelasan di atas, jika penyembelihan aqiqah itu dilakukan selepas hari ketujuh ataupun sebelum hari ketujuh selepas kelahiran adalah memadai aqiqah tersebut. Ini kerana adanya sebab yang mensyariatkan ibadat aqiqah tersebut iaitu kelahiran anak. Akan tetapi jika aqiqah itu dilakukan sebelum kelahiran anak, maka tidak memadai aqiqahnya itu melainkan ianya hanya dikira sebagai binatang sembelihan biasa sahaja.

Syarat Sah Aqiqah

Syarat sah aqiqah ialah:
  • Berniat aqiqah ketika menyembelih.
  • Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
  • Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
  • Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
  • Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh
  • Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.
Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:

Binatang

Umur

Biri-biri/

1 tahun atau lebih

Kambing

2 tahun atau lebih

Lembu/kenbau

2 tahun atau lebih

Unta

5 tahun atau lebih


Sunat-sunat Aqiqah ialah:
  • Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran
  • Menyembelih ketika matahari sedang naik (pagi)
  • Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
  • Memberi nama yang baik kepada bayi
  • Berdoa ketika hendak menyembelih
  • Daging dimasak manis.
  • Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak.
  • Daging aqiqah disunatkan buat jamuan atau kenduri

Hikmah Aqiqah

  • Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
  • Menggalakkan amalan sedekah.
  • melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
  • Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
  • Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
  • Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
  • Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
  • membiasakan berkorban bagi orang tua
(sumber: http://www.mybengkung.com/aqiqah.html)

HARI BERPANTANG KE-40

orang2 tua kata, pada hari 40 selepas bersalin. luka2-luka dalam & urat-urat yg terputus time bersalin akan bercantum semula. sebab itulah, pada hari tersebut dinasihatkan supaya tidak melakuakn kerja-kerja berat. sebolehnya berehat sahaja. makan minum juga kena berpantang, seperti berpantang sehari dua selepas bersalin. dengan kata lain, makan nasi putih + ikan kering bakar / ikan selar kuning bakar aje lah...

di samping tu jugak, tempat tidur jg kena pindah semula ke tempat tidur sebelum upacara "pelepas".

kenapa & mengapa yer?

Saturday, August 30, 2008

Monday, August 4, 2008

Pentingnya Pemakanan

Setiap ibu hamil perlu tahu perkaran paling penting sepanjang tempoh kehamilannya ialah tahu menjaga dan mengambil pemakanan kesihatan yang terbaik sepanjang tempoh kehamilannya.

1. Protein - meningkatkan tahap kepekaan. Terbentuk dari asid amino. Tirosin boleh meningkatkan penghasilan dopamine, norepinephrine and epinephrine . Pengambilan makanan berprotein boleh meningkatkan tenaga mental. Makanan yang mengandungi protein termasuklah ikan, ayam, daging dan telur. Kekacang (seperti yangterdapat dalam Diafood), susu, keju dan tofu.

2. Karbohidrat - Anti stres dan memberi ketenangan. Karbohidrat merangsang pelepasan insulin ke dalam aliran darah. Ia akan mengeluarkan asid amino dari dalam darah kecuali trptophan yang akan diserap ke dalam serotonin. Kerana itulah ramai yang berdiet akan mengalami depresi lebih kurang dua minggu kerana tahap pengambilan karbohidrat yang terlalu rendah. Makanan yang mengandungi karbohidrat termasuklah roti, gandum, nasi, emping dan buah-buahan. Untuk kesan yang lebih baik, makan protein dan karbohidrat secara berasingan.

3. Asid Folik - mencegah dipresi. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan paras serotonin di dalam otak menurun. 200 mikrogram mencukupi untuk mengatasi dipresi dan jumlah ini boleh didapati dari sayur bayam atau meminum segelas jus oren.

4. Selenium - mencegah dari cepat marah. Kemurungan, keradangan, degil dan susah hati berlaku kerana kekurangan selenium. Selenium boleh diperolehi dari kekacang (Diafood), sandwich tuna dan biji bunga matahari.

5. Flavonoids - Tindakan antioksida dari flavonoids melindungi dari berlakunya hilang ingatan disebabkan oleh faktor ketuaan dengan cara menghalang kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan aliran darah. Koko di dalam susu Intel-Lac mengandungi flavonoids yang diperlukan untuk kesihatan minda.

6. Zat Besi - Kekurangan zat besi dikaitkan dengan masalah ingatan jangka pendek. Sekiranya kekurangan zat besi berlaku di kalangan kanak-kanak ia boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Ia boleh didapati dari kekacang, kekeras, sayuran daun hijau, ikan dan telur.

7. Vitamin E - Tahap vitamin E yang rendah di dalam darah dikaitkan dengan kelemahan sewaktu ujian mengingat. Vitamin E boleh mengurangkan kerosakan tisu disebabkan oleh radikal bebas. Diafood mengandungi vitaminE.

Wednesday, July 30, 2008

AHMAD NASIH BIN AHMAD HANAFI


2 Ramadhan 1429H bersamaaan 2 September 2008, tarikh yang dijangkakan. Bakal lahir kandungan ini. Berdasarkan ujian Ultrasound ini, akan dinamakan insan ini,

AHMAD NASIH BIN AHMAD HANAFI BIN ADNAN BIN CHE OTHMAN

Monday, July 28, 2008

Perlu dielak mengambilnya ketika hamil...

Perlu dielak mengambilnya ketika hamil...

1. Aspirin - akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.

2. Alkohol - meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.

3. Litium - ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.

4. Vitamin A - jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari , risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.

5. Tetrasaiklin - sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.

6. Ubat penahan sakit - boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

7. Rokok - ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.

8. Hentikan kegiakan lasak - seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.

9. Minuman tertentu - kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.

10. Makanan - makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.

Makan tempe boleh 'mandul'

Lelaki kena kurang diet bersoya: Kajian


BOSTON: Lelaki mengamalkan diet sayur-sayuran berasaskan soya dinasihatkan mengurangkan pengambilan makanan itu apabila penyelidik mendapati ia berisiko menjejaskan kesuburan golongan itu dengan mengurangkan bilangan sperma.

Kajian mendedahkan, lelaki yang makan purata separuh makanan berasaskan soya menghasilkan bilangan sperma kurang berbanding mereka yang tidak memakannya. Di kalangan lelaki yang memiliki berat badan berlebihan atau obes, kesannya lebih nyata.

Kurang bilangan sperma diketahui menyukarkan lelaki menghamilkan isteri atau pasangannya.

Menurut penyelidik, bahan digelar isoflavones dalam soya yang menyerupai hormon seks wanita, oestrogen, dipercayai menjadi punca. Kajian ke atas haiwan mengaitkan pengambilan tinggi isoflavones dengan masalah ketidaksuburan.

Dalam kajian terbaru, penyelidik Amerika Syarikat mendapati lelaki yang mengamalkan pengambilan tinggi makanan berasaskan soya memiliki bilangan sperma jauh lebih sedikit berbanding lelaki yang tidak memakannya langsung.

Diketuai Dr Jorge Chavarro dari Jabatan Kesihatan Awam Harvard di Boston, mereka menyoal lelaki mengenai pengambilan 15 jenis makanan berasaskan soya. Ia termasuk tofu, tempe, sosej soya, burger, susu soya, keju, dadih dan ais krim, hasil soya seperti kacang panggang dan minuman.

Lelaki dalam kumpulan mengamalkan pengambilan paling tinggi diberi makanan berasaskan soya secara purata setengah hidangan sehari.

Kaitan antara pengambilan soya dan bilangan sperma lebih kuat di kalangan lelaki obes atau memiliki berat badan berlebihan, kerana tubuh mereka mengeluarkan lebih banyak oestrogen berbanding lelaki kurus, kata penyelidik. � Agensi

sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Dunia/20080727231825/Article/indexworld_html

Wednesday, July 9, 2008

Ibu bapa kena terus terang dengan anak

Elak menipu jika tidak tahu jawab soalan

Kebenaran

Apa yang diberitahu kepada anak mestilah perkara yang benar. Ibu bapa jangan menipu anak. Jika ibu bapa tidak tahu jawapan kepada persoalan yang diajukan anak, beritahu mereka bahawa kita tidak tahu dan mengajak mereka mencari jawapannya. Jika ada perkara yang mungkin sukar bagi kita menjawab sendiri oleh sebab-sebab tertentu, minta bantuan daripada orang lain dan beritahu anak perkara sebenar.

Bercakap terus terang dan tepat

Apabila kita bercakap dengan anak, kita mesti menggunakan bahasa yang senang dan cakap terus terang serta tidak berbelit-belit. Kadangkala kita terpaksa memberikan satu-satu jawapan kerana tidak ada masa memikirkannya dan terpaksa membuat satu keputusan yang mengelirukan. Contohnya, anak meminta kebenaran bermain di luar tetapi hari panas, kita terus menjawab , "tidak boleh nanti dikejar anjing". Sepatutnya kita beritahu terus bahawa "tidak boleh hari panas" dan beritahu bahawa nanti akan menyebabkan mereka (anak) sakit.

Sentiasa konsisten dan tepat

Apa saja yang kita terangkan kepada anak-anak atau mengajar mereka, mestilah dilakukan dengan konsisten dan tepat. Pembaharuan boleh diterima oleh anak-anak tetapi jangan membuat pembaharuan tanpa sebab yang munasabah atau tidak jelas.

Rangsangan

Keupayaan adalah asas membina semangat kepada anak-anak manakala kegagalan asas lemah dan boleh mematahkan semangat

Harapan

Wujudkan perasaan positif dan tanamkan perasaan harapan yang tinggi dan jangan berputus harapan kepada anak-anak.

Berulang-kali

Anak-anak suka sesuatu yang berulang-ulang. Jika sesuatu itu dilakukan berulang-kali, maka lebih kuatlah pembentukan rangkaian di dalam otak mereka. Namun, elakkan perkara berulang atau pengalaman negatif terhadap anak-anak.

Jangkaan

Ajar anak supaya boleh membuat penentuan atau ramalan atas sesuatu yang terjadi atau apa yang bakal berlaku. Jika membuat sesuatu dengan anak berhenti sebelum anak masih minat dan seronok.

Disiplin/ Undang-undang

Anak tidak boleh dipukul, dicubit atau ditengking. Cara kita mendisiplinkan mereka mestilah diasaskan kepada: maruah yang tinggi, ilmu dan kefahamannya, wujudkan peraturan, terang dan tunjukkan cara, buat sebagai amalan dan menjadi contoh teladan

Kegembiraan

Dilakukan dengan penuh kemesraan dan kegembiraan. Perasaan gembira boleh mewujudkan keselesaan diri yang menyebabkan anak sentiasa riang. Perkataan yang digunakan, lagu-lagu pantun mestilah mewujudkan perasaan gembira. Elakkan perasaan sedih, sayu, pilu merendahkan anak, menghina manusia dan perkara negatif lain. Berikan anak-anak ilmu yang banyak, menjaga diri dan membina kemampuan melakukan banyak perkara yang berguna.

Kecewa

Anak perlu mengalami kekecewaan dalam hidupnya. Kehilangan barang yang disayanginya, perpisahan ibu bapa, kematian dan sebagainya adalah kekecewaan yang akan dihadapi anak-anak. Semuanya mesti dijelaskan kepada anak secara benar dan bantulah anak mengatasi kekecewaan itu.

Teladan

Teladan daripada ibu bapa dan orang lain dalam hidupnya adalah pengajaran yang paling efektif. Teladan yang baik akan meningkatkan ciri yang baik. Teladan yang buruk merosakkan amalan hidup dan kewibawaan anak.

Konsep Downshifting (merendah-rendahkan atau menurunkan semangat anak)

Jangan pukul, cubit dan menghina anak. Elakkan mencari salah, membeza-bezakan anak-anak, menyebut jangan, tidak boleh tanpa sebab dan keterangan dan jangan menggunakan amaran yang marah tanpa sebab serta keterangan kukuh.

Konsep Expansion vs Replacement (Pengembangan lawan Pengambilalihan)

Membina keyakinan diri, maruah dan jati diri

Sumber: Pengerusi Institut Pembangunan Keluarga dan Kanak-Kanak Nury, Datuk Dr Noor Laily Abu Bakar, Bengkel Hak Perlindungan dan Keselamatan Diri Kanak-kanak anjuran Institut Kefahaman Islam (Ikim).

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20080706015156/Article/index_html

Memisahkan bapa daripada anak isteri adalah zalim

Rasulullah s.a.w. ada bersabda maksudnya: "Sesiapa yang memisahkan seseorang, maka dia bukan daripada golonganku."

Hadis sohih riwayat at-Tabarani daripada Ma'qal Bin Yasar, sabda baginda lagi: "Sesiapa yang memisahkan ibu daripada anaknya, maka Allah akan pisahkan (orang yang bertindak demikian) antara dia dengan seluruh anggota yang dikasihinya pada hari kiamat." - Hadis sohih riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi dan al-Hakim daripada Abu Ayyub. Image

Kedua-dua hadis ini menunjukkan satu ketegasan terhadap perbuatan memisahkan antara seseorang dan orang yang dikasihinya (ahli keluarga seperti isteri, suami, anak-anak) yang dianggap satu tindakan kejam dan pelakunya dianggap sebagai penjenayah, sebab itu baginda tidak memperakui sebagai umatnya pada hari kiamat.

Inilah yang berlaku kepada sistem pentadbiran negara yang berorientasikan Sekularisme yang bertindak zalim ke atas mangsa-mangsa tahanan ISA yang ditahan tanpa bukti kukuh yang disabitkan oleh mahkamah.

Tindakan tidak berperi kemanusiaan itu mengakibatkan pelaksana undang-undang itu ditolak baginda Rasulullah s.a.w. sebagai umatnya pada hari kiamat, akhirnya tidak mendapat sebarang pembelaan untuk mendapatkan syafaat baginda.

Terbaru berita mengenai seorang tahanan ISA yang masuk tahun ketujuh, Shahrial Sirin yang tidak sempat melihat anaknya Almarhumah Aina Mardiah Shahrial buat kali terakhir sebelum menghembuskankan nafasnya di Hospital Kajang kerana tindakan birokrasi yang menghalang ketibaan Shahrial tepat pada waktunya.

Sudahlah beliau ditahan selama tujuh tahun yang sudah lama terpisah dengan keluarga termasuk isteri dan anak-anak, malah tidak berkesempatan untuk menatap wajah anaknya buat kali terakhir (ketika sedang nazak) sebagai penghormatan kasih sayangnya terakhir sebagai kenangan pahit dalam hidupnya.

Apapun kepada pihak berkuasa, tindakan yang dilakukan itu dengan menahan mangsa tanpa bukti, malah tidak disabitkan kesalahan mereka di mahkamah, mereka akan menjadi golongan yang muflis pada hari akhirat.

Inilah golongan yang mana segala kebaikan pahala mereka di dunia walau sebesar Gunung Uhud sekalipun, tetapi jika tidak mendapat kemaafan daripada mangsa, atau kaum kelurganya yang terdekat, maka pahala yang dilakukan itu akan dipindahkan kepada mangsa, dan akhirnya akan dicampakkan dalam api neraka. Maka sama-samalah kita renung ancaman baginda tersebut. - lanh _

oleh: Ustaz Zainudin Hashim

sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15571&Itemid=1

Sunday, January 13, 2008

poligami

(sumber: http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=621&Itemid=95)

Poligami Secara Rahsia : Ok ?

Poligami

Assalamu'alaikum wa rahmatullah

Ana perlukan nasihat ustaz dalam sedikit hal peribadi. Ana dalam proses berkenalan dengan seorang lelaki ke arah mendirikan rumahtangga insha'Allah. Ana kenal dia mula-mula semasa sejak 4 tahun lalu dan kini saya bekerja di satu ofis dengannya.

He proposed during the last month to be his second wife. Ana tidak tertutup pada poligami dan telah membuat istikharah. Alhamdulillah walaupun amat berdebar semasa hendak memberitahu keluarga, Allah telah memudahkan proses pada pihak keluarga ana. Alhamdulillah ahli keluarga telah memberi persetujuan awal.

Kini kami dalam perbincangan untuk menjalankan perkara ini dengan cara terbaik, sedikit cabaran awal yang kami hadapi. Dia bercadang untuk bernikah dahulu dan kemudian memberitahu isteri dan anak-anaknya as the right time comes by, because:

1. Dia amat rapat dengan anak-anaknya dan dia tidak mahu berita yang surprising ini merosakkan hubungan mereka dan risau akan menjejaskan pelajarannya. He plans to convey it to his child at least when the eldest one has finished the secondary school i.e. lebih kurang dalam setahun setengah lagi.

2. Isteri pertama beliau tidak begitu menerima idea poligami. So he needs time to convey it to his wife but not immediately. That's why he is looking at bernikah dahulu dan memberitahu kemudian....kami belum berbincang tarikh pernikahan etc....we still have a lot of things to be discussed

Semalam semasa berbincang dengan family, mereka sarankan memberitahu isteri pertama dahulu sebelum bernikah which even i would be more comfortable with however i do understand the concerns he's facing, he may be able to convey it to his wife but is worried about his son....Allahu a'lam.....

Ana sendiri walaupun tidak kenal dengan isteri dan keluarganya. I care and love for them, i want them to continue living a happy live.....only the family is growing bigger now.....ana tidak mahu menjadi penyebab retaknya hubungan mereka yang telah lama terbina.

Semasa menerima proposal darinya ana sudah pun terbuka untuk menangani cabaran yang dijangka, perlukan nasihat dari ustaz untuk menangani cabaran ini dengan lebih baik....sebarang pandangan dan nasihat ustaz amat dialu-alukan.

Jazakallahu khaeeran katheera and please make do'a for me.....


Jawapan

Wa'alaikumussalam,

aman

Sebelum itu, saya terpaksa mengakui bahawa saya bukanlah orang yang cekap dan berpengalaman dalam kaunseling bab rumahtangga. Bagi tidak mengecewakan saya akan cuba memberikan beberapa ulasan terhadap perkara terpenting sahaja (menurut penilaian saya dari info yang diberikan).



Pertamanya : Tahniah saya ucapkan dengan berita yang baik buat saudari.

Keduanya : Elok juga jika saudari dapat cuba merisik samada ia mempunyai masalah dengan isteri pertamanya. Saya pasti, kaum wanita biasanya ingin mengetahui mengapa lelaki ini ingin berpoligami, adakah kerana isteri pertamanya tidak sihat atau apa?. Tetapi bagi saya, ini bukanlah perkara yang begitu penting untuk dicari kerana keinginan berpoligami adalah salah satu sifat asas bagi kebanyakan lelaki dalam banyak keadaan. Ia tidak perlu dihairankan. Tidak kiralah samada kerana isteri pertamanya sakit, ingin meramaikan zuriatnya, untuk mengawal nafsunya, untuk tujuan membantu dan lain-lain, ia adalah biasa kecuali jika ia ada kemungkinan disebabkan oleh sebab-sebab yang tidak baik.

Ketiganya : Berterus terang, saya adalah salah seorang individu yang berpegang bahawa poligami yang terbaik lagi menurut sunnah adalah poligami yang dilakukan dengan pengetahuan isteri pertama. Amat tidak digalakkan 'sorok-sorok' dalam poligami, demikian kefahaman saya.

Tidak dinafikan bahawa tindakan menyorok dan mendedahkan mempunyai pro dan kontra yang panjang lebar jika ingin dibincangkan. Kedua-duanya mempunyai target dan Maqasid Syariah yang benar untuk dicapai.

Bagaimana pun demikian, saya berpandangan tidak menyembunyikan poligami adalah lebih kukuh dan kuat. Antara sebabnya secara ringkas :-

1) Ia juga amat bertepatan dengan salah satu Maqasid Shariah (objektif Syariah) poligami itu sendiri. Iaitu untuk menuntut pengorbanan perasaan isteri pertama selain isteri kedua. Pengorbanan perasaan yang dahsyat ini jika dilakukan kerana Islam dan untuk meraih kebaikan, adalah amat besar ganjarannya di sisi Islam.

Justeru, tindakan menyembunyikannya bakal menyebabkan isteri kedua sahaja yang terpaksa berkorban perasaan, manakala isteri pertama tidak tercabar dengan ujian ini.

2) Ia juga membuktikan kelayakan lelaki tersebut untuk berpoligami berada di tahap yang memuaskan. Kejayaan lelaki berbincang dan mencari persetujuan isteri pertama adalah suatu jenis ‘skill' dan ilmu yang membuktikan kelayakannnya untuk membantu wanita Islam lain dengan mengahwininya. Dengan itu, lelaki yang secara terbuka berpoligami adalah mereka yang cukup berilmu dalam menangani dua isteri secara terbuka. Kelayakan ini pasti akan menyumbang kepada kebijaksanaannya membahagikan peranannya sebagai suami kepada dua orang wanita.

3) Ia juga merupakan suatu tanda keikhlasan dan kasih sayang suami kepada isteri pertama. Selain ia membawa tanda kejujuran dalam tingkah lakunya kepada isteri pertama dan kedua.

4) Berpoligami secara terbuka atau dengan pengetahuan isteri yang sedia ada juga merupakan amalan baginda Nabi Muhammad s.a.w.

5) Amalan berpoligami secara terbuka juga mampu (dengan lebih berkesan) untuk mengelakkan suami dari bergelumang dengan pembohongan. Biasanya, lelaki yang bersembunyi akan ‘terpaksa' berbohong untuk ke rumah isteri keduanya, ini menjadikan tahap iman dan islam suami tadi semakin menurun kerana terlalu banyak berbohong dalam kehidupan rumahtangganya.

6) Menyembunyikannya juga mendorong kepada berlakunya fitnah. Ini kerana orang ramai tidak tahu bahawa ia telah berkahwin lagi dan isteri pertama juga tidak mengetahuinya. Amat dibimbangi ada yang terserempak di mana-mana akan menyangka ia sedang melakukan maksiat.

7) Menyembunyikan pernikahan kedua atau seterusnya adakalanya boleh mendorong kepada pernikahan tidak sah disebabkan tanpa izin wali kerana ia menyorokkannya dari pengetahuan umum.

Justeru itu, bagi saya lelaki yang menyorok-menyorokkan perkahwinan kedua dan seterusnya belum cukup layak berpoligami kerana dia belum punyai ilmu yang cukup menangani dua wanita dalam hidupnya. Hanya selepas ia berjaya menangani isteri pertama dan anak-anak, barulah ia benar-benar matang dan berwibawa untuk membawa keadilan dalam berpoligami bersulamkan ilmu rumahtangga yang baik.

Hasilnya, pendapat peribadi saya, lelaki tersebut perlu menggunakan ilmunya untuk menyakinkan isterinya yang pertama terlebih dahulu agar masalah-masalah yang mendatang tidak berlaku selepas ini.

Jika lelaki tersebut rapat dengan anak-anaknya, saya merasakan itu tidak sepatutnya menjadi halangan kepadanya malah ia patut menjadi kelebihan untuknya meyakinkan mereka dengan tindakannya untuk berkahwin lagi. Terutamanya jika anaknya adalah anak lelaki, mungkin ia lebih mudah untuk diterangkan.

Demikian pendapat ringkas saya, harap ianya dapat memberikan sedikit bantuan idea buat saudari.

Saya doakan agar semuanya dapat diselesaikan dalam keadaan baik dan yang dirancang.

sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

3 November 2007

Monday, January 7, 2008

Tegakkanlah Rumah Tangga Muslim

oleh: mustafa masyhur

Memperbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain kepada Allah, merupakan dua kewajipan asasi di atas jalan dakwah wajib kepada setiap muslim lelaki dan wanita.

Di samping dua kewajipan itu timbul lagi satu kewajipan yang tidak kurang pentingnya. Iaitu menegakkan rumahtangga muslim. Individu muslim itu adalah seorang lelaki aqidah yang wajib dipersiapkan untuk menjadi Muslim yang sejati yang menjadi contoh Islam yang sahih dan teladan yang patut di ikuti.

Kita sangat memerlukan rumahtangga muslim yang menjadi contoh sebagai tiang yang kuat di dalam pembangunan masyarakat Islam. Usrah muslim, keluarga muslim mempunyai peranan yang penting di dalam kekuatan dan kepaduan masyarakat ataupun perpecahan dan kemusnahannya. Rumahtangga itu adalah merupakan pangkuan atau sarang bagi tunas-tunas baharu yang dididik dan dibentuk di masa pembentukan dan persediaan. Rumahtangga lah yang bertanggungjawab mencetak dan membentuk keteguhan peribadi anak-anak yang akan mencorakkan hidup mereka, benarlah Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tiap anak itu dilahirkan di atas fitrahnya-kejadian yang suci dan ibu bapanya lah yang menjadikan Yahudi atau menjadikannya Kristian ataupun menjadikannya Majusi”

Hadis Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan pembangunan rumahtangga, tidak dapat dibicarakan hanya dengan satu makalah atau dua makalah sahaja akan tetapi perlulah kita merujuk kepada kitab-kitab dan karangan-karangan yang telah mengupas perkara yang penting itu Cukuplah di sini kita menerangkan sepintas lalu serba sedikit mengenainya supaya kita mendapat faedah daripadanya.

A: Pemilihan:

Saudara muslim dan saudari muslimah yang mahu memperbaiki diri dan menyeru orang lain kepada Allah, wajib lah ke atas keduanya, masing-masing memilih pasangannya. Putera Islam mencari puteri Islam untuk menjadi isterinya yang salihah. Puteri Islam mencari putera Islam untuk menjadikan suaminya yang salih, sebagai kongsi hidup suami isteri.

Dari awal-awal lagi hendaklah mereka ini membangunkan keluarga muslim yang diasaskan di atas dasar takwa. Saudara muslim yang sejati wajib mencari puteri Islam yang sejati dan memilih yang beragama, yang memahami tugas dan risalahnya di dalam hidup ini, menjadikan pasangan hidupnya sebaik-baik penolong di atas jalan dakwah, sentiasa mengingatkannya apabila dia lupa sentiasa memberi perangsang dan tidak menghalanginya, memelihara dirinya di waktu ghaibnya sekalipun bagaimana lamanya dan mendidik serta membentuk anak-anaknya menurut bentuk Islam yang sebenar-benarnya.

Demikian juga puteri Islam yang sejati, tidak wajar dan tidak patut menerima sebarang jejaka untuk menjadi pasangan hidupnya kecuali seorang muslim yang sejati yang menjadi pendukung dakwah Islam. Iaitu seorang penganut aqidah yang sahih yang bertakwa kepada Allah. Si isterinya pula dapat menolongnya untuk taat setia kepada Allah dan mencapai keredhaan Allah. Dengan cara yang demikian kita telah berjaya membangunkan sebuah keluarga Islam yang akan menjadi markas dakwah dan jihad Islam. Rasulullah s.a.w. telah mengarahkan kita kepada yang demikian dengan sabda baginda:

“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana tarafnya, keturunannya dan pangkatnya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengambil wanita yang beragama supaya kamu berbahagia”.

Oleh kerana itu Rasulullah (s.a.w.), tidak mengakui hak wali yang menikahkan puterinya dengan seorang lelaki yang tidak di sukai oleh puterinya. Ini memberi peluang kepada puteri Islam untuk memilih suami yang salih. ( didalam keadaan yang menepati sayrat-syarat nya–? KAtoi)

B: Beriltizam Dengan Batas-Batas Islam:

Kita mahukan supaya hukum-hukum Islam dan adab-adabnya mampu mengawal dan menguasai setiap tahap dan peringkat pembangunan rumahtangga muslim. Sama ada dari peringkat pinangan, akad nikah, mempersiapkan rumahtangga sepasang suami isteri, masa pengantin baharu atau berbulan madu mestilah jauh dari segala adat lapuk, pusaka usang jahiliah yang rosak.

Sama ada jahiliah lama atau baru, yang bertentangan dengan syariat Allah Taala atau pun yang menjadi rintangan di jalan perkahwinan yang kadang-kadang menghalang langsung untuk terlaksananya perkahwinan. Mengapakah tidak di laksanakan akad-nikah itu di Mesjid? Di dalam udara yang bersih dan luas yang jauh dari segala sikap menunjuk-nunjuk dan adat-adat buruk? Berbelanja berlebih-lebihan dan boros yang bertentangan dengan syariat Islam? Cadangan itu adalah wajar.

Akad nikah di dalam Mesjid tidak di gemari oleh manusia sebagaimana dulu mereka tidak menggemari fesyen pakaian Islam. Tetapi kalau kita bersungguh-sungguh mendesak dan bertegas untuk melangsungkan juga akad nikah itu di dalam mesjid, lama kelamaan ia akan menjadi perkara yang di sukai oleh manusia dan akan menjadi perkara biasa. Sebagaimana fesyen pakaian Islam menjadi perkara lumrah dan di sukai oleh manusia. Sesungguhnya itu lah pertentangan di antara kemuliaan dan kehinaan.

Kalau kita berpegang teguh dengan kemuliaan dan adab-adab Islam, kita akan berjaya menegakkan dan menanamkan keperibadian Islam yang kita cita-citakan ke atas manusia.

C: Kebahagiaan Rumahtangga Yang Di Cita-Citakan:

Apabila telah selesai pemilihan yang berasaskan agama telah sempurnalah langkah-langkah yang menuju ke alam perkahwinan sesuai dengan ajaran Islam.

Mulalah kita membangunkan rumahtangga muslim di atas asas yang teguh yang akan merealisasikan kemantapan, ketenangan dan kebahagiaan yang sejati yang selama ini dicari-cari oleh beberapa banyak keluarga pada zaman ini. Kebahagiaan itu bukan dari luar diri, tidak pula dapat dicari dengan harta, tempat kediaman, pakaian dan dengan segala perhiasan rumahtangga.

Tetapi kebahagiaan itu diperolehi dari dalam diri sendiri, dari perasaan takwa kepada Allah, kerana Allah lah yang mengurniakan kebahagiaan, yang memberi mawaddah dan rahmah cinta dan kasih sayang di antara suami isteri. Benarlah Allah yang Maha Agung yang telah berfirman:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.” (Ar-Rum: 21)

Kita tidak memandang kebahagiaan itu di dalam harta yang banyak, akan tetapi orang yang bertakwa itulah orang yang berbahagia.

D: Perkahwinan Itu Ibadat:

Risalah dan tugas kita di dalam hidup ini ialah beribadat kepada Allah Taala. Jadi kita mestilah berusaha menjadikan segala urusan hidup kita sebagai ibadat kepada Allah Taala. Kita jadikan segenap kehidupan hidup sebagai alat untuk kita menghampirkan diri kepada Allah. Kita pergunakan hidup kita dengan segala kemudahan yang ada untuk menolong kita beribadat kepada Allah.

Amal dan nikah kahwin dan mendidik anak-anak dan lain-lain lagi yang merangkumi segala kegiatan hidup kita semuanya itu merupakan ibadat kepada Allah, untuk menghampirkan diri kepada Allah, selagi dibuat kerana mengharap keredhaan Allah dan menjauhi apa yang dimurkai Allah.

Oleh itu putera puteri Islam, mestilah memandang urusan perkahwinan mereka sebagai ibadah mereka kepada Allah apabila diurus menurut hukum Allah. Kedua-dua pihak mengharap keredhaan dan ganjaran Allah. Oleh kerana itu kedua belah pihak mestilah mengetahui ajaran-ajaran dan adab-adab Islam, hak-hak dan kewajipan suami-isteri rumahtangga dan keluarga, bersungguh-sungguh melaksanakan tugas masing-masing dan beriltizam dengan adab-adab itu. Tolong menolong ke arah kebaikan, menuju takwa dan ke arah taat kepada Allah di dalam pergaulan mereka. Harga menghargai, hormat-menghormati dan kasih sayang di antara keduanya Semuanya itu mesti di atur menurut syariat Islam. Benarlah Rasulullah s.a.w tatkala bersabda yang bermaksud:

” Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air ke mukanya.”
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

E: Perkahwinan Itu Saling Percaya Mempercayai:

Apabila telah wujud suasana saling percaya mempercayai, cinta mencintai, di antara suami isteri, lahirlah kebahagiaan dan kepuasan jiwa di dalam rumahtangga mereka. Rumahtangga mereka menjadi rumahtangga muslim yang bahagia dalam kebahagiaan yang sejati selagi ianya diatur menurut peraturan syariat Islam. Hapuslah segala prasangka hilanglah segala keraguan. Tidak ada lagi kata mengata, tuduh menuduh dan ke pura-puraan.

Kebahagiaan yang sedemikian rupa tidak akan wujud kecuali di bawah naungan takwa kepada Allah dan mencintai Allah di waktu terang-terangan dan rahsia di waktu ghaib dan waktu syahadah. Lantaran itu tenteramlah jiwa suami dan ia berpuas hati kepada isterinya dan yakinlah ia bahawa isterinya hanyalah untuk dirinya sendiri sahaja, yang memelihara diri walaupun beberapa lamanya ia terpisah dari isterinya. Demikian juga sikap isterinya terhadap suaminya dibaluti dengan sepenuh kepercayaan itu. Di dalam suasana bahagia yang demikian, syaitan dari bangsa jin dan manusia tidak mempunyai jalan untuk mengganggu dan menggoda keduanya.

F: Perkahwinan Sebagai Syarikat Yang Dipimpin Oleh Suami:

Apabila kehidupan rumahtangga suami isteri dibangunkan di atas dasar kerjasama, di atas syura’, tolong menolong, cinta mencintai, di bawah pimpinan suami sebagai pihak yang bertanggungjawab, yang mempunyai kata dan kuasa pemutus. Inilah yang mendorong dan menolong melahirkan kemantapan, keteguhan, kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga dan keluarga yang selama ini diimpikan dan diidamkan oleh manusia di seluruh dunia. jika masih terdapat kepincangan di dalam pertimbangan ini, maka tidak akan wujud satu kemantapan dan kebahagiaan. Benarlah Allah Taala di dalam firmanNya:

`Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang maaruf akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya”. (Al-Baqarah : 228)

” Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka”. (An-Nissa’: 34)

Lantaran itu sempurnalah pentadbiran urusan rumahtangga dan pertimbangannya di dalam suasana penuh kerjasama, tanggungjawab dan syura di dalam batas-batas ajaran Islam.

Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana’ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna’im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya himgga ke hari ini.

G: Perkahwinan Adalah Tanggungjawab Dan Amanah

Suami isteri mestilah menyedari dan merasai bahawa mereka memikul amanah dan tanggungjawab. Tiap-tiap orang dari kamu adalah pemimpin, dan tiap-tiap pemimpin bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Maka hendaklah kamu bertakwa kepada Allah di dalam perkara yang dipertanggungjawabkan dan diamanahkan kepada kamu. Benarlah Allah yang berfirman:

‘Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu” (At Tahrim : 6)

Rasulullah s.a.w bersabda:

“ Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah yang paling baik kepada ahlinya dan akulah yang paling baik di kalangan kamu terhadap ahlinya”.

Kita sentiasa memerlukan pertimbangan yang waras demi pemeliharaan itu, sebagai contoh, kita biasa memberi perhatian yang berlebihan apabila salah seorang dari anggota keluarga kita jatuh sakit. Tetapi perhatian yang sewajarnya tidak diberikan terhadap salah seorang anggota keluarga yang mencuaikan hak Allah ataupun menyalahi ajaran Islam padahal itulah yang paling utama diperhatikan dan diubati.

H: Rumahtangga Muslim Merupakan Risalah:

Sebagaimana kita menghendaki bentuk yang benar dan hidup bagi Islam dari seorang muslim yang benar aqidahnya, yang benar ibadatnya, yang benar akhlaknya, yang benar sikap dan yang benar segala tindak tanduk dan perkataannya, demikian juga kita menghendaki rumahtangga muslim itu supaya menjadi pusat perlaksanaan segenap ajaran Islam di dalam hidup berkeluarga dengan perlaksanaan yang selamat sejahtera dan teliti.

Kita ingin melihat suami muslim yang memikul tanggungjawabnya terhadap rumahtangganya menurut ketentuan Islam. Kita mahu melihat bapa muslim yang memelihara anak-anaknya dengan adab-adab Islam, memberi kefahaman Islam yang sejati kepada mereka dan mengawasi mereka di segala peringkat hidup mereka. Kita hendak melihat isteri yang muslimah yang menjadikan rumahtangga sebagai taman sari yang memuaskan dan menggembirakan suaminya.,

Di dalamnya terdapat hiburan dan keberkatan jauh dari kepayahan dan penat lelah perjuangan dan menolong suaminya mentaati Allah Ta’aala. Alangkah indah dan hebatnya kata-kata yang diucapkan oleh seorang isteri kepada suaminya tatkala dia keluar dari rumahnya waktu pagi:

” Bertaqwalah kepada Allah di dalam urusan kami dan janganlah kekanda memberi kami makanan kecuali yang halal dan baik-baik sahaja”.

Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim ini, ibu muslim yang memelihara anak-anaknya dan membentuk mereka menurut bentuk Islam kerana dialah yang sentiasa berdamping dengan mereka. Inilah risalah, amanah dan tugas para wanita dan isteri yang paling penting yang selama ini cuba dihapuskan oleh musuh-musuh kemanusiaan. Mereka cuba menyelewengkan fakta-fakta ini dari para isteri dengan berbagai-bagai pembohongan dan penipuan dengan tujuan untuk merobohkan bangunan masyarakat.

Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim itu, putera puteri Islam yang sejati yang memperhambakan diri mereka kepada. Tuhan. Mereka taat setia kepada Allah, berbuat baik dan berjasa kepada ibu bapa. Mereka bergaul dengan sahabat-sahabat mereka menurut adab-adab Islam dan tidak lahir dari mulut mereka sepatah perkataan dan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan Islam.

Kita mengingini rumahtangga muslim yang memelihara hubungan silaturahim, yang sentiasa mengambil berat urusan kerabat dan menyempurnakan hak-hak mereka. Kita hendak melihat rumahtangga dan keluarga muslim menjadi satu bentuk yang ulung di mana Islam telah terpahat kukuh di dalam diri mereka. Mereka bergaul baik dengan khadam mereka, di mana khadam mereka makan apa yang mereka makan dan berpakaian seperti apa yang mereka pakai dan tidak membebankan sesuatu bebanan di luar kemampuannya. Apabila mereka membebankan sesuatu di luar kemampuannya, mereka menolongnya.

Kita ingin melihat dari rumahtangga muslim itu satu bentuk yang unik sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam tentang berbuat baik di dalam bermuamalah dengan jiran. Mereka menyempurnakan hak jiran sebagaimana peranan Rasulullah s.a.w.

Kita menghendaki rumahtangga muslim yang melahirkan contoh teladan yang baik di segala jurusan hidupnya. Dengan fesyen pakaiannya yang Islami, makanan yang halal, minuman yang halal, akhlak yang mulia, sikapnya yang Islami, gaya yang Islami di segala adat dan tradisi di waktu suka dan duka Mereka menjauhi segala unsur-unsur jahiliah, adat-adat dan tradisi jahiliah yang di import dari luar.

Kita tidak mahu melihat dari golongan sahib-ad-dakwah yang menyeru manusia kepada Allah, yang berjalan di atas jalan dakwah melakukan sebarang kecuaian atau kelalaian di dalam melahirkan serta membina anggota-anggota keluarganya dengan ajaran Islam di dalam sebarang jurusan hidup keluarganya. Sesungguhnya orang yang lemah dalam memimpin rumahtangganya, tidak akan mampu memimpin orang lain apatah lagi rumahtangga orang lain.

I: Rumahtangga Muslim Sebagai Markas Memancarnya Cahaya:

Rumahtangga muslim yang sejati menurut tabiat dan lojiknya mesti menjadi markas dakwah Islam. Setiap anggota keluarga yang aqil baligh wajib menjadi sahibud-dakwah, pendukung dakwah, menyeru rumahtangga dan keluarga di sekitarnya kepada Allah dengan penuh kesabaran, dengan hikmah dan nasihat yang baik.

Isteri yang salihah berkemampuan menarik hati jiran-jiran dengan dakwah kepada Allah. Kehadiran mereka merubah majlis-majlis yang dikuasai oleh umpat mengumpat dan sia-sia menjadi majlis-majlis ilmu dan pelajaran dan ke arah memahami urusan agama.

Bidang dakwah Islamiah sangat memerlukan saudari muslimat yang menyeru manusia kepada Allah, supaya memainkan peranannya di kalangan puteri bangsanya. Sesungguhnya wanita hari ini, kecuali yang telah mendapat taufik Allah, telah dijadikan boneka oleh musuh-musuh Islam untuk meruntuhkan dirinya dan memusnahkan manusia. Tetapi kita hendaklah menjadikannya sebagai wanita yang salihah yang turut bersama kita untuk memperbaiki yang rosak dan membangunkan yang maaruf dan merobohkan yang mungkar dan menghapuskan yang batil menyokong kemuliaan dan memerangi kehinaan.

Kita menghendaki rumahtangga muslim itu sebagai rumah cahaya yang memberi hidayah dan petunjuk kepada orang-orang yang bingung dan sesat di sekitarnya. la menghapuskan, memusnahkan segala kegelapan di sekelilingnya dan menyinari jalannya untuk di lalui oleh mereka. Maka dengan bertambahnya rumah-rumah muslim seperti ini akan sambung menyambunglah daerah-daerah dan bercahaya dan bercantum di antara satu sama lain sehingga mampu menyinari masyarakat.

Maka dengan demikian keperibadian Islam berkemampuan menyinari masyarakat dan memimpin nya di bawah naungan Islam. Lantaran itu kemuliaan mudah dikembang-biakkan dan kejahatan mudah dihapuskan. Baharulah mudah dibentuk dasar dan asas keimanan, yang bersih yang mantap sebagai asas bangunan Islam dan pemerintahan Islam dan seterusnya al-khilafah-al- Islamiah alamiah.

Untuk itu, saudara saudari putera puteri Islam harus dan patut bersungguh-sungguh dan bersegera membangunkan rumahtangga muslim yang misali yang menjadi model Islam yang sejati untuk menjadi contoh teladan kepada generasi baharu. Ini adalah satu langkah yang penting dan asasi di jalan dakwah Islam. Mohonlah pertolongan dari Allah supaya Allah mudahkan dan jangan menyusahkan.

(sumber: http://amin1982.wordpress.com/2007/11/27/tegakkanlah-rumah-tangga-muslim/#more-74)