Monday, July 9, 2007

mas kahwin (mahar)

mahar

Mahar (mas kahwin) ialah suatu pemberian yang berbentuk wang atau barang-barang yang memberi manfaat daripada pihak suami kepada isteri setelah berlaku upacara akad nikah.

Pemberian mahar adalah sunat sebagai tanda penghargaan, tanggungjawab dan kasih sayang suami terhadap isterinya.

Islam tidak menentukan jumlah pemberian mahar, ianya mengikut persetujuan di antara kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Sebaik-baik mahar ialah rendah kadarnya.

Bayaran mahar boleh dilakukan secara tunai atau hutang. Ia tidak menjejaskan sah atau tidak sesuatu pernikahan itu.

Sekiranya berlaku perceraian atau isteri meninggal dunia, pihak suami wajib membayar segera.

Mahar terbahagi kepada dua jenis, iaitu mahar Musamma dan mahar Misl

1. Mahar Musamma ialah mahar yang ditentukan kadarnya mengikut persetujuan di antara kedua-dua belah pihak.
2. Mahar Misl ialah mahar yang ditentukan kadarnya berdasarkan kadar mahar saudara-saudara perempuan sebelah isteri.

(sumber: http://cybermosque.mpsj.gov.my/mahar.html)


Hukum memberi mahar atau mas kahwin adalah wajib dan tidak dibataskan banyak sedikitnya mahar tersebut. Mas kahwin wajib diperolehi oleh isteri daripada suaminya. Berdasarkan undang-undang, mas kahwin hendaklah dibayar oleh suami atau wakilnya semasa pernikahan dijalankan di hadapan dua orang saksi. Biarpun terdapat negeri-negeri yang menetapkan kadar mas kahwin, namun ia bukanlah kadar yang tetap dan perlu dipatuhi. Antara syarat-syarat mas kahwin adalah:

1. benda yang suci
2. milik suami
3. mesti ada manfaatnya
4. sanggup menyerahkannya
5. diketahui bendanya, sifatnya dan jumlahnya

Jumlah mas kahwin bagi seorang perempuan, mengikut negeri dan kategori:

BIL NEGERI

NILAI

CATATAN
ANAK DARA
JANDA
1 JOHOR
RM 22.50
RM 22.50
2 MELAKA
RM 40.00
RM 40.00
3 NEGERI SEMBILAN
a. Bukan Waris
RM 24.00
RM 12.00
b. Ahli Waris
RM 48.00
RM 24.00
c. Kerabat Diraja di Wilayah
RM 725.00
Datuk Kelana& Kerabat
4 SELANGOR
i. Puteri Sultan
RM 2,500.00
RM 625.00
ii. Puteri Raja Muda atau Puteri
RM 2,000.00
RM 500.00
kpd Putera Sultan yg bergelar
iii. Puteri Kerabat
RM 1,000.00
RM 250.00
iv. Puteri Anak Raja (Waris)
RM 550.00
RM 137.50
Puteri Anak Raja (yang lain)
RM 300.00
RM 75.00
v. Anak Perempuan org-org besar
RM 300.00
RM 75.00
vi. Cucu orang besar
RM 200.00
RM 50.00
vii. Orang Kebanyakkan
RM 80.00
RM 40.00
5 KUALA LUMPUR
RM 80.00
RM 40.00
6 PERAK
RM 101.00
7 PULAU PINANG
RM 24.00
RM 24.00
8 KEDAH
Tidak ditetapkan
9 PERLIS
Tidak ditetapkan
10 PAHANG
RM 22.50
RM 22.50
11 TERENGGANU
Tidak ditetapkan
12 KELANTAN
Tidak ditetapkan
13 SABAH
RM 100.00
RM 80.00
14 SARAWAK
RM 120.00
RM120.00
15 W.P LABUAN
RM 80.00
RM 80.00

* boleh ditambah, tetapi tidak boleh dikurangkan.

(Sumber: Laman Web JAKIM, http://perkahwinan.com.my/main/Perkahwinan/?Sub=Pages&id=66)

No comments: