Wednesday, October 15, 2008

Isteri boleh tuntut fasakh jika suami abai nafkah

Peguam Syarie Menulis: Isteri boleh tuntut fasakh jika suami abai nafkah

Islam sedia penyelesaian adil bagi jamin hak wanita dalam sesebuah perkahwinan

ANTARA tanggungjawab suami kepada isteri ialah menyediakan nafkah zahir dan batin. Nafkah adalah hak isteri yang wajib ditunaikan suami menurut kemampuannya. Ibnu Rusyd dalam kitabnya Bidayatul Mujtahid, (Juzuk 11, terjemahan, halaman 424) fuqaha' sependapat nafkah wajib ke atas suami merdeka dan nafkah kepada isteri perlu selaras dengan ketaatannya.

Nafkah batin diakui fitrah semula jadi manusia yang memerlukan kasih sayang dan belaian. Firman Allah an-Nisa ayat 19 bermaksud, "dan bergaullah dengan mereka (isteri kamu) menurut cara yang ma'ruf (secara layak)."

Firman ini jelas menunjukkan hak nafkah batin isteri amat penting dalam perkahwinan. Isteri yang tidak mendapat hubungan seksual atau perhatian dan kasih sayang mudah hilang arah sekali gus membuka ruang untuknya melakukan maksiat. Suami patut menjadi pelindung kepada isteri dalam memberikan jaminan daripada segala keburukan dan kemaksiatan.

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 222, "Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangi mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepada kamu...." Hadis Riwayat Muslim dalam kitab haji, bab haji Nabi 1218, daripada Jabir r.a. (hadis haji wada'), "Bertakwa kepada Allah dalam mengendalikan urusan perempuan (isteri). Kamu mengambil mereka dengan amanah Allah dan menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah. Hak kamu yang wajib ditunaikan isteri ialah tidak membenarkan sesiapa yang kamu benci memijak kakinya ke tempat tidurmu (memasuki rumahmu). Jika mereka melakukannya, pukul mereka dengan pukulan tidak terlalu menyakitkan (tidak mendera).

Kewajipan kamu pula ialah memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan baik. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu perkara yang kamu tidak sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang kepadanya iaitu kitab Allah.

Seterusnya Ibn Hazm dalam Kitabnya, al-Muhalla menyatakan wajib suami memberi nafkah batin (layanan) kepada isterinya sekurang-kurangnya satu kali suci daripada haid (sebulan sekali). Ayat al-Quran dan hadis serta pandangan ulama menunjukkan pentingnya tanggungjawab suami dari segi memberi nafkah zahir dan batin bagi menjaga kerukunan rumah tangga. Jika tidak perkahwinan akan hancur.

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam memperuntukkan suami atau isteri yang tidak menunaikan tanggungjawab nafkah batin kepada pasangannya boleh memohon cerai fasakh. Namun peruntukan ini mensyaratkan pengabaian itu adalah tanpa sebab yang munasabah mengikut hukum syarak lebih setahun.

Seksyen 53(1)(d) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor, 2003 memperuntukkan, "Seorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkahwin mengikut hukum syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan yang berikut, iaitu (d) suami atau isteri tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;"

Berdasarkan peruntukan itu, sesuatu perkahwinan boleh difasakhkan atas satu atau lebih alasan yang dinyatakan mengikut Seksyen 53. Jika memohon fasakh atas alasan dinyatakan di atas dan dibuktikan maka mahkamah ada bidang kuasa membubarkan pernikahan. Namun apa yang biasa timbul di Mahkamah Syariah hari ini terlalu jarang suami memohon fasakh atas alasan itu. Kebiasaannya wanita yang menggunakan peruntukan ini jika suami mengabaikan nafkah batin.

Tidak dinafikan, nafkah batin adalah soal peribadi dan rahsia mutlak wanita. Hanya isteri selain Allah mengetahui dia tidak bersama suami. Isteri harus bersumpah untuk membuktikan dakwaannya.

Fasakh atas alasan tidak menunaikan nafkah batin bersandarkan hukum syarak. Wahbah al-Zuhaily dalam kitabnya Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, juzuk. 7, halaman 535, menyatakan peruntukan fasakh atas alasan suami tidak menunaikan nafkah batin dibuat berdasarkan pandangan Mazhab Maliki. Menurut pendapat ini, tidak menunaikan nafkah batin diterima sebagai alasan memohon fasakh kerana dianggap penderaan terhadap isterinya. Penderaan merangkumi segala apa yang lahir daripada suami sama ada perbuatan, perkataan dan perbuatannya yang memudaratkan isteri dalam setiap keadaan walaupun suami tidak bermaksud menyakitinya.

Islam menegah perbuatan menzalimi kaum wanita. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 231 bermaksud, "Dan janganlah kalian pegang mereka (isteri )dengan maksud memberi mudarat kerana kamu hendak melakukan kezaliman terhadap mereka."

Daripada zahir ayat Allah memberikan panduan yang wajib diikuti suami supaya dapat bergaul dengan isteri secara baik. Kesimpulannya, jika perkahwinan tidak lagi mendatangkan kebaikan, malah menimbulkan kemudaratan terutama berkaitan nafkah batin, ia wajar dibubarkan. Jika isteri reda ia tidak menjadi suatu masalah, jika sebaliknya wajar dielak supaya isteri tidak terdedah melakukan maksiat. Islam menyediakan penyelesaian ini bagi memastikan kemaslahatan umatnya terjaga dan terjamin. Undang-undang yang digubal turut mengambil kira faktor ini untuk menegakkan keadilan tanpa 'bias' kepada lelaki atau perempuan.

sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Agama/20081014233137/Article/index_html

22 comments:

Anonymous said...

not bad.

Anonymous said...

very clever.

Anonymous said...

wow, very special, i like it.

Anonymous said...

wow, very special, i like it.

Hassan said...

Isteri bolih tuntut fasakh jika suami abaikan nafkah?????

1. Jangan keterlaluan menggunakan section dan ayat-ayat Allah...
2. Ingat..ayat-ayat Allah adalah untuk orang yang beriman ( disini ialah hakim, lawyer, isteri, suami, saksi-saksi dan fakta-fakta )dan bukan kepada orang yang pembohong dan munafik.
3. Jangan lah pihak-pihak yang terlibat terlalu fokus terhadap perempuan...saolah-olah lelaki itu semuaya hendak sex sahaja daripada perempuan.
4. Apakah dengan hanya 3 bulan lelaki tak dapat beri nafkah pihak perempuan dah dapat tuntut Fasakh???
Kalau mahu tahu kebenaran, ulis kepada saya nanti saya kupas apa itu sifat perempuan sekarang ini.

Hassan said...

Isteri bolih tuntut fasakh jika suami abaikan nafkah?????

1. Jangan keterlaluan menggunakan section dan ayat-ayat Allah...
2. Ingat..ayat-ayat Allah adalah untuk orang yang beriman ( disini ialah hakim, lawyer, isteri, suami, saksi-saksi dan fakta-fakta )dan bukan kepada orang yang pembohong dan munafik.
3. Jangan lah pihak-pihak yang terlibat terlalu fokus terhadap perempuan...saolah-olah lelaki itu semuaya hendak sex sahaja daripada perempuan.
4. Apakah dengan hanya 3 bulan lelaki tak dapat beri nafkah pihak perempuan dah dapat tuntut Fasakh???
Kalau mahu tahu kebenaran, ulis kepada saya nanti saya kupas apa itu sifat perempuan sekarang ini.

Anonymous said...

assalamualaikum.saya seorang surirumah.suami saya bekerja hanya kelindan lori.saya ada seorang anak.usianya baru 2 thun 3 bln.masalah yang saya hadapi sekarang ni,nafkah zahir saya tak pernah diberi semenjak saya b'gelar isteri yang sah.spt pakaian(semenjak b'khwin smpai lah sekarang,tak pernah di tukar),duit poket saya langsung tak diberi.saya nak kerja,tak bagi.so,saya langsung tak ada duit dalam tangan.kalau dia ada duit lebih,dia sanggup b'habis pada nombor ekor hinggakn b'puluh-puluh ringgit..nak beli sayur anak pun tak boleh.saya balik yang kena marah.lgi 1,sebagai seorang ayah,sepatutnya dia ajar anak dgn baik.tapi ni tak,dia cakap bodoh,sial depan anak..elok-elok anak tak tahu nak sebut,sekarang da tau.dan bila anak cakap macam tu depan dia,tau plak dia marah2 anak..cian ank..tolong saya..saya da tak tahan hidup dgn suami..saya langsung tak percayakan suami lagi..paras kes saya di tampar 2x pasal ppuan..bantu saya..

insan malang said...

Askum saya ingin bertanya jika lelaki tak beri nafkah batin isteri boleh tuntut fasakh tapi jika isteri yg tak beri kemudian isteri menuntut fasakh apakah ini salah lelaki juga (alasan penat atau mengantuk) cuba beri penjelasan

insan malang said...

Jgn semua kesalahan di pandang pada lelaki saja banyak juga lelaki teranaya di sebab org ke tiga dan perempuan selalunya akan mengambil kesempatan utk menuntut fasakh

Anonymous said...

Masalah saya, saya dah berkahwin selama 8tahun. Selama ini, kediaman kami sponsored by company saya. Gaji bulanan saya lebih besar berkali ganda dari dia. Sejak berkahwin, wang bulanan tak diberi untuk saya atas alasan saya bekerja. Tetapi, dia ada juga contribute inconsistently untuk perbelajaan dapur. Pakaian dia semua saya yg belikan. Selama setahun in, suami tidur di atas sofa setiap malam sekiranya dirumah. perhubungan suami isteri boleh dikira sebulan sekali... kadang kala dua bulan sekali. sayn menukar pekerjaan dan dia merungut bahawa kami akan kesusahan kerana gaji yg bakal saya terima lebih kecil dan allowance rumah tak seberapa. Sekarang sudah setahun setengah dia tidak bekerja. saya support duit bulanan dia jugak. Perhubungan dia dgn keluarga saya tak pernah baik 100% termasuklah dgn anak2 teenagers (dari perkahwinan pertama) saya yg cuma jengok saya ketika cuti sekolah setahun sekali.
Dia selalu buang muka dan tak balik langsung bila mereka menziarah. Satu lagi tabiat dia, dia tak suka saya bertanya ke mana dia mahu pergi bila dia tak puas hati. Bagi dia suami tak perlu mintak izin isteri. So, dah beberapa hari ni, saya ada terfikir, do i need him in my life? Nakfah tak beri, tempat tinggal saya yg beri, mulut kerap mencaci maki bila marah, jarang dia bercakap baik tentang org sekeliling, very secretive bila dia keluar walaupun bersama adiknya, jarang mengajak saya keluar bersama. 8tahun kahwin memang acu tak acu menunjukkan rasa keinginan mahukan cahaya mata. so, dlm erti kata sebenar.. a marriage which is just on paper. Cuma yg selalu dia dengar is that he loves me. Itu sahaja. Jadi, saya minta pendapat anda. Adakah salah jika saya meminta cerai? Sedangkan saya selalu baca bahawa Allah menguji iman kita dgn cubaan dlm hidup. Saya keliru. I know what i want in a marriage but i do not want to make a mistake in deciding.

Anonymous said...

Assalammualaikum. .sy nak tanya..saya dh berkahwin..sekarang sy tinggal dgn mentua..ada 1 hari tu sy cakap gan suami nak duduk rumah sendiri x kisah la sewa skalipun..tapi suami sy kata dia x kewangan xkukuh..mslahnye bukan ke itu tanggungjawab die..isteri mane yg nak duduk dgn mentua..leceh tau..tambah lak mak mentua sy ni ade budak jagaan smpai 6 org..sy naik pening tiap2 ari..dh la budak2 ni nakal x nk dgr kata..sy nk tuntut fasakh sbb die x boleh nk sediakn tempat tinggal untuk sy adakah itu sah? Mohon penjelasan..

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Saya isteri ... Dan ibu kepada 7 orang anak. Dari tahun 2006 sehingga hari ini.. Suami sy tidak bekerja. Tidak memberi nafkah belanja kpd sya dn anak2.. Semasa suami bekerja bermula sy kahwin tahun 1995 sehgga 2006 sya tidak meminta nafkah. Jika diberi ya sya terima. Sehingga hari ini dia tidak bekerja .. Semua perbelanjaan anak sekolah.. Belanja dapur.. Ulang alik sy ke tmpat kerja tidk pernah dia peduli. Elektrik dh dipotong.. Kami sekarang curi bekalan letrik. Air dan mentenan tertunggak.siaran tv tiada.. Barang kemas habis tergadai. Dia terlampau memilih kerja. Telah puas sy menunggu dia berubah. Sampai bila sy harus tunggi. Anak2 kian membesar. Faham dengan keadaan saya. Kadang-kadang terasa spt dipergunakan. Memang suami yg menjaga anak dan menghantar anak2 kesekolah tetapi bukankah berian nafkah keluarga terletak di bahu suami dan si isteri hannya membantu. Nak mohon batuan bitulmal pun tak layak kerana masih ada suami utk mencari rezeki. Saya kecewa dan sudah bosan dengan hidup begini dapat gaji habis.. Makanan tak ada dia bertanya.. Mana sya dpat duit.. Atau ada duit ke tak pernah dia ambil tahu. Saya mahu kehidupan yang lebih baik dari sekarang.. Bolehkah saya minta cerai. Apa yg perlu sy lakukan.

Anonymous said...

Saya isteri...selama 13thn berkahwin..tidak pernah di sentuh suami..bila umur saya 40thn baru sy betui2 rasa bodoh..saya boleh menerima kelemahan suami seadanye asalkan dia setia..tapi hakikatnye dia berselera dgn yg haram..yg halal ni di jadikan kain buruk..jijik untuk di pakai..

Anonymous said...

Saya telah berkahwin nk dekat 3 tahun..telah ade seorang ank lelaki.sepanjang tempoh perkahwinan kami jarang bersama sbgai suami isteri..bila ditanya apakah masalah yg dihadapi pasti suami akan beri alasan yang sama iaitu penat.biasenye 3@4 bulan sekali baru bersama.itu pon setelah puas meminta.dalam hal ini bolehkah saya menuntut fasakh..minta penjelasan..

Anonymous said...

Saya telah berkahwin nk dekat 3 tahun..telah ade seorang ank lelaki.sepanjang tempoh perkahwinan kami jarang bersama sbgai suami isteri..bila ditanya apakah masalah yg dihadapi pasti suami akan beri alasan yang sama iaitu penat.biasenye 3@4 bulan sekali baru bersama.itu pon setelah puas meminta.dalam hal ini bolehkah saya menuntut fasakh..minta penjelasan..

Anonymous said...

Saya baru kawin dah dekat sebulan dan tak pernah berikan nafkah batin

Anonymous said...

Saya dah kawen 6 tahun...Ada 3 org anak...suami abai nafkah zahir batin sy...semuanya sy tanggung sndr...nafkah batin dia hanya akan sentuh sy bila nak anak shj...bila sy dah Di sahkan mengandung 2 minggu hinggalah anak sy lahir & anak sy dah setahun lebih...dia x sentuh sy langsung...kemudian bila Ada kwn2 dia yg nk dpt anak lagi...baru dia Cari sy semula...anak kedua & ketiga Kami lahir x cukup bulan sbb sy terlalu stress...anak Kami yg ketiga skrg sudah berumur setahun 2 bulan...sy perlukan kasih syg seorang suami...selama 6 thn sy berendam airmata...sy dah terlalu penat utk teruskan...berdosakan kiranya sy menuntut Fasakh? Adakah sy jg boleh menuntut hak2 zahir sy yg Di abaikan selama ni?

riz said...

Isteri boleh tuntut fasakh sekiranya suami abai tanggungjawab.tapi bagaimana pula jika isteri abai tanggungjawabnya?11 tahun berkahwin, saya pernah dimaki,ditendang malah diludah dimuka saya tapi saya masih bersabar sebab saya sayangkan dia dan anak2.bukan x pernah tegur ataupun dia tak tahu hukum agama..tu semua tahu tapi itulah yg saya hadapi.saya beri nafkah zahir..kerja2 rumah saya tolong.membasuh memg 100% sy urus.anak2 pun ada sy uruskan.sy pergi keja..blk keje terus ke rumah.xlepak dengan kawan2..tp itulah..sy kurang dapat perhatian.nafkah batin saya terabai sangat hingga terdetik memohon doa pada Allah agar cabut nafsu syahwat sy agar sy tidak tertekan begini.saya dilayan sekali sebulan malah pernah tiada langsung dalam sebulan.isteri tahu itu keperluan saya cuma dia tidak ambil peduli.saya hanya mampu berdoa agar Allah bukakan hatinya dan sebab sayangkan dia dan anak2..saya ampunkan dosa2nya.saya tahu itu sifat nusyuz isteri.namun xnak lihat dia susah diakhirat..sy redha.selagi sy boleh bertahan.saya akan terus bertahan tp apa yg saya rasa sekrg hanya Allah shj mengetahui.

Anonymous said...

Masalah kita sama seperti...
Sy selalu memendam rasa..

Anonymous said...

Assalamualaikum.. Sy suri rumah kepada seorang anak. Suami sy seorang yg bertanggungjawab dari segi nafkah zahir. Tapi nafkah batin suami sy susah nak beri. Hanya tunggu sy memulakan baru dia beri. Kalau tidak sy yg memulakan sampai 8bulan pon dia tak tunaikan nafkah batin kepada sy. Saya seorang isteri dan manusia biasa dan sy ada nafsu dan keinginan. Sy inginkan belaian dari seorang suami. Kami pernah berbincang tentang hal ini tp dia masih begitu dan abaikan nafkah batin. Kadang sebelum tido sy ada cuba belai n goda dia tp tgk2 dia dah tidur. Terus saya sedih dan menangis. Apa yg saya harus lakukan? Kadang2 sy rasa sy nk berdoa minta Allah buang nafsu keiginan sy nie.. Sy rase batin sy sgt terseksa..

Anonymous said...

sy pun mempunyai masalah yg sama . usia perkahwinan sy baru SETAHUN tetapi rasa seperti sudah melebihi 7 8 tahun. sangat hambar. Sy masih berusia awal 20an dan suami sy berusia 30an. Sy mengambil jalan untuk bernikah pada usia yg muda untuk mengelakkan dari maksiat. tetapi setelah setahun perkahwinan begini pula jadinya. Suami sy seorang yg sangat jaga dalam pemberian nafkah zahir. Dia seorang yg bertanggungjwb, boleh dikatakan semua kerja rumah kebanyakan dia yg buat dan ajar sy. Dia memang seorang lelaki yg sangat independent and agak over matured. tapi masalah dia disini adalah berkaitan dgn nafkah batin. pada 2 3 bulan perkahwinan sahaja semua nya indah. sy rasa sedih sgt sebab dia LANGSUNG tak pernah minta pada saya untuk melakukan hbugn intim. Setiap kali kami bersama semua nya sy yg mula dulu. Tu pun dia selalu berdolak dalih and bermacam2 alasan dia bagi. kalau setahun rasanya sy tak minta, setahun jugak lah sy dibiarkan begitu saja tanpa disentuh. dah banyak kali sy ckp n bincng psl ni dgn dia tp jawapan nya masih sama "hidup ni banyak lagi benda nak fikir bukan semata2 seks sahaja". sy berasa sangat sedih sekali. sy inginkan zuriat. sekarang sy sedang hamil 6 bulan setelah mngalami keguguran tahun lepas. itu pun sy yg paksa dia melayani sy. agaknya kalau sy xminta 10 tahun pun kami masih berdua kerana suami tiada usaha untuk melayani sy. boleh dikatakan hampir setiap hari sy kena tengok video2 lucah untuk memuaskan nafsu sendiri. dan suami sy hanya berkata "ha pergi la tngok dlu lyn smpai puas" seolah2 sy ni tiada hak keatas nya langsung! sy berasa sangat tertekan! sy sudah mempunyai suami tetapi sy masih menonton video2 sedemikian untuk memuaskan nafsu sendiri. jadi apa motif perkahwinan sy selama ini?? sampai satu tahap sy berfikir untuk mencari lelaki lain untuk melepaskan nafsu sy. tetapi sy sedar itu tak akan memberi apa2 penyelesaian kpd masalah sy dan sy tak nak jadi isteri derhaka. tetapi sejujurnya batin sy sangat2 teseksa. sy tak tahu nak luahkan pada siapa dan mcm mana nk selesaikan masalah ni. sy syg dia dan tak nak berpisah . dia seorang lelaki yg sangat baik dan sangat sabar dengan sikap sy. dia yg membentuk sy dripd seorg yg liar smpai berubah dan menjadi lebih baik. tapi berkaitan dgn nafkah batin ni sejujurnya sy tak pernah dapatkan kepuasan daripadanya kalau ada pun sepanjang setahun lebih perkahwinan, ada lah dlm 5 6 kali SAHAJA.lepas tu tak ada dah. semua sy kena mula sy yg kena minta kalau 10 tahun sy xmula 10 tahun la sy dibiarkan. itu pun dgn beribu alasan. sy dah tak tahu nk buat mcm mana lg hati sy hanya allah sy yg tahu . sy tak nak curang dgn dia sy sgt menyayangi nya :'$

Anonymous said...

Kita senasib..