Thursday, April 8, 2010

tahniah : kelahiran

(no picture)
tahniah kepada pasangan firdaus & huda, atas kelahiran muna izah, 6 april 2010

Monday, April 5, 2010

tahniah : kelahiran

(no picture)
1) fakrul rizal & izzah, atas kelahiran nursyifaa humaira, pada 30 Mac 2010.

2) fitri & asiah, atas kelahiran muawiyah, pada 1 april 2010.

Wednesday, March 24, 2010

Melayu Itu Aku

Minat puisi? Nah, karya terbaru & ketiga tulisan Adnan CO. minat puisi? nah, karya terbaru dari Adnan CO! RM10 jer. nak beli? ctc aku, 0199686583 atau emel : hanafi@q8print.com.my

Sunday, March 21, 2010

Tahniah : Hasbullah & Khadhijah, Wan Sapian & Noraizza

Mabruk kepada 2 pasangan pengantin baru (sori tiada gambar)

Hasbullah & Khadhijah

Wan Sapian & Noraizza

Semoga berbahagia hingga akhir nyawa dan bertemu kembali di syurga, Insya Allah

Sunday, March 14, 2010

Tahniah : Jazli & Ikhwani


Tahniah Kepada Pasangan Pengantin Baru
Jazli & Ikhwani
12 Mac 2010
Semoga Berbahagia

Sunday, February 28, 2010

tahniah : khairul & mardiana

tahniah kepada pasangan khairul & mardiana, atas kelahiran cahaya mata sulung, ahmad muaz pada 19 februari lalu.

SUNNAHKAN MAHAR KAHWIN ANDA

Tahukah anda antara Sunah Baginda SAW dalam pernikahan ialah menggunakan matawang dinar atau dirham sebagai mahar. Cukup tertarik dengan pernikahan sahabat saya, Wizam yang menggunakan dinar emas Kelantan sebagai Mas Kawin & hantaran dalam bentuk tunai. Semoga permulaan ikatan perkahwinan yang bersandarkan sunnah akan terus menerus membahagiakan rumah tangga, hingga terbawa-bawa ke syurga jannah, Insya Allah. Lawati web : http://www.dinarkel.com/ untuk mengetahui lanjut dan harga semasa dinar.

Tuesday, February 16, 2010

MABRUK : SHUHADA & FAEZ


SELAMAT PENGANTIN BARU
Shuhada & Faez
14 Februari 2010
Semoga Terus Berbahagia

Sunday, December 27, 2009

Cara Komunikasi Anak Menantu Menasihati Mertua


Hubungan antara anak menantu dan mertua perlu dijaga kerana ada ketikanya kesilapan kecil atau perkara remeh boleh menyebabkan keretakan dan diungkit-ungkit sepanjang masa. Antara perkara paling sukar untuk dilakukan anak menantu adalah untuk menegur dan menasihati mertua mereka. Silap cara menegur, dikatakan tidak menghormati mertua pula. Kalau tidak ditegur, keadaan mungkin semakin menjadi-jadi pula. Jadi apakah cara terbaik yang boleh dilakukan oleh anak menantu untuk menasihati mertua mereka? Di sini dikongsikan beberapa petua untuk panduan kita bersama.

1. Berbicara dengan lemah lembut

Komunikasi bukan sekadar mesej yang mahu disampaikan tetapi ia turut merangkumi cara sesuatu itu disampaikan termasuklah nada suara, mimik muka serta gaya penyampaian kita. Malah kajian menunjukkan fisiologi kita menyumbang kepada 55% kesan dalam berkomunikasi, nada suara membawa 38% kesan dan mesej hanyalah 7% sahaja kesannya. Oleh itu, apabila kita perlu menasihati mertua maka nasihatlah dengan cara yang lemah lembut dan bersuara rendah. Suara yang lembut ini akan lebih berkesan kepada jiwa yang mendengar lebih-lebih lagi kita berhadapan dengan orang yang lebih tua daripada kita.

2. Gunakan nama-nama tokoh atau ulamak.

Semasa berbicara dan menasihati itu, gunakanlah nama-nama tokoh atau ulamak tertentu bagi memperkukuhkan hujah kita. Nama-nama tokoh ini biarlah dikalangan mereka yang kita tahu dihormati dan dikagumi oleh mertua kita. Oleh itu, sukarlah untuk mertua mematahkan hujah tersebut sebab ia bukan hujah kita sebaliknya kita hanya menyebut semula hujah yang telah disampaikan oleh tokoh-tokoh idola mereka. Jangan sesekali menunjukkan yang kita lebih tahu dari mereka sebaliknya hendaklah kita sentiasa merendah diri. Mulakan dengan kata-kata seperti “Kalau tak silap, saya pernah dengar Ustaz tu kata…. “. Cara ini menunjukkan yang kita tetap terbuka untuk diperbaiki kalau-kalau mertua rasa hujah yang kita kemukakan itu salah.

3. Mulakan dengan kemesraan dan memuji mereka.

Sebelum menasihati mertua, bukalah hatinya untuk menerima kita dahulu. Wujudkan kemesraan terlebih dahulu dengan membicarakan topik-topik yang mereka minati. Nyatakan kepada mereka betapa kita bersyukur mendapat mertua seperti mereka yang memahami kita dan menerima kita seadanya. Secara perlahan-lahan mulakanlah agenda kita menasihati mereka.

4. Gunakan orang ketiga yang dihormati mereka

Ada ketikanya kita tidak mampu menasihati mertua secara langsung. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kita sendiri pernah bersalah kepada mereka hinggakan mertua tidak lagi menghormati kita; atau usia kita terlalu muda dan dirasakan terlalu mentah untuk menasihati mereka; atau sememangnya ego mertua kita terlalu tinggi hingga sukar dinasihati kita. Walau apa sekalipun alasannya, kita tahu bahawa mustahil untuk kita membuka mulut dan menasihati mereka. Silap haribulan hubungan antara kita dan mertua menjadi semakin tegang. Kalau beginilah keadaannya, maka bincanglah dengan seseorang yang sememangnya dihormati oleh mertua dan mintalah mereka menasihati mertua. Sebaiknya carilah mereka dikalangan ahli keluarga terdekat dahulu sebelum pergi kepada orang luar. Pastikan mertua tidak mengetahui bahawa kitalah orangnya yang merancang agar mereka dinasihati.

5. Berkias dan berceritalah.

Cuba jangan menasihati mertua secara langsung lebih-lebih lagi apa yang mahu dinasihati itu adalah isu sensitif yang mungkin menyentuh maruah dan peribadi mereka. Sebaliknya berkiaslah, orang tua biasanya mudah mengesan hasrat kita dan dengan cara berkias mereka dapat memahami maksud kita. Cara ini ada ketikanya lebih berkesan. Cubalah juga bercerita tentang kisah orang lain dan minta pandangan mertua, mudah-mudahan mertua dapat kaitkan dengan keadaan diri mereka pula.

Sebagai contoh:

“Abah, kawan saya Amir ada masalah dengan mertuanya. Mertuanya ini cepat sangat campur tangan dalam apa jua urusan rumah tangga nya. Jadi, apa patut saya nasihatkan kawan saya tu agar mertuanya sedar akan kesilapan mereka?”

Dengan cara begini, mertua kita akan berikan pandangan. Dalam masa yang sama mereka akan fikirkan juga keadaan mereka dengan kita.

6. Pilihlah masa dan tempat yang sesuai.

Kerapkali komunikasi gagal disebabkan pemilihan masa dan tempat yang tidak sesuai. Oleh itu elakkan dari kesilapan lazim sebegini. Pastikan kita memilih masa yang sesuai untuk menasihati mertua. Lihat mood mereka, kalau mereka dalam keadaan risau dan murung maka jangan tambah lagi beban mereka. Kalau mereka dalam bermasalah, bantu selesaikan masalah itu dahulu. Apabila mertua melihat kesungguhan kita membantu mereka menyelesaikan masalah yang ada maka mudahlah untuk mereka dengan nasihat kita kelak. Sebab mereka dapat rasakan keikhlasan kita menasihati mereka setelah kita buktikan keikhlasan kita membantu masalahnya itu.

7. Jagalah kewibawaan dan peribadi kita.

Mertua akan mudah mendengar cakap kita apabila mereka menyedari kehebatan anak menantunya. Oleh itu jagalah akhlak dan peribadi kita bukan sahaja di hadapan mereka malah ketika kita berada dalam lingkungan masyarakat luar. Apabila ramai orang memuji mertua tentang akhlak, budi pekerti, kehebatan diri anak menantunya maka akan lebih terbuka lagi fikiran mereka untuk menerima nasihat dari kita. Pendek kata, kalau mahu menasihati mertua usahakanlah untuk menjadi menantu kebanggaan mereka dahulu. Ambil tahu hal ehwal harian mereka, makan minum mereka, kesihatan mereka dan segalanya. Hulur-hulukanlah duit belanja untuk mereka. Jangan datang rumah mertua dengan tangan kosong. Bawalah apa sahaja buah tangan untuk mereka. Mertua pasti menerima kita dan mengalu-alukan nasihat dari kita.

Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D
http://www.laman-map.com/e-Majalah/artikel/umum/mertua.htm

Thursday, December 24, 2009

TIPS MUSLIMAH BERURUSAN DENGAN LELAKI AJNABI


Hari ini batas pergaulan berlainan gander bukan sahaja serius dari kalangan mereka2 yg jahil, tetapi mereka2 yg dikira faham, fakih, berilmu juga turut mengalami tsunami ini samada secara sedar mahupun tidak, secara sengaja mahu pun tidak sengaja atau seumpamanya.
Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...


1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.


2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih, kan ???


3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”


4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.


Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..


Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik_____, tundukkanlah pandangan.." . Isk,isk..tak layaknya..


5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.


Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi.

MABRUK : WIZAM & ALIN

Tahniah kepada pasangan pengantin baru,
Wizam & Alin
Semoga terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat, insya Allah

Wednesday, November 25, 2009

2ND YEAR WEDDING ANNIVERSARY


Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT yang masih mengurniakan rasa cinta & kasih sayang seterusnya mengekalkan kami sekeluarga yang sakinah. Moga-moga aku terus tabah menjalani hari mendatang, insya Allah.

Tuesday, September 29, 2009

a new saga "problem" begin IV

wow, milage dah cecah 25k KM tapi 8 bulan lebih aku pakai. bermakna, umur BLM aku secara motor-logi nya dah pun 1 tahun. kuat derak gatek!

anyway, another BLM problem to share is, ada pulak weird sound kat bahagian enjin. bunyi "krrroook, krrrooook, krrroook...". macam bunyi orang dok menyodok pasir atas jalan bertar. lebih kurang lah. espesli time bawaj slow, dalam gear 2-3. tak tau tang mana weh. asalnya ingatkan bunyi penutup enjin yang bergetar sebab ada 1 skru dia tertanggal. entah bila masa plak sebijik skru ni tertanggal. dekat 3 buah kedai aksesori kereta aku jajak, semua tak jual skru tu. lastly, pi kedai alat ganti genuine proton kat jalan Lundang, mujur ada stok lagi. tu pun sebutir tu aje, dgn harga RM0.30. haha, how lucky i am!

balik kepada isu weird sound tu, masa servis tu, dah report. time run test kat area Tesco KB, tak plak berbunyi. Lepas tu, bunyi pulak. aku saspek ini musti iafm punya pasal, sebab bunyi tu macam datang dari arah kiri enjin. hmmm ....

another thing is, still tentang RON95 & 97 ni. haha.
RON95 - parok minyak + less power
RON97 - parok pitih weh.

aku tanya kat proton servis, BLM ni ok ke tak dengan RON95. dia kata, so far proton belum ada wat statement sama ada sesuai atau tak RON95 ni dgn enjin Campro 1.3. cuma assumptionnya, ok jer. tak perlu nak tune ke ape ke. just proceed gitu jer. ok lah, klu gitu gak. ambo thiqoh jah la kepada proton ni, sebab demo jong buat kereta ni.

Tuesday, September 1, 2009

RON95, RM1.80

RON92, RON97 & RON95. jom kita research skit, genamo ghima "RON"

RON adalah singkatan kepada Research Octane Number, adalah ukuran bagi kualiti minyak petrol. untuk lebih mudah faham, kalau panjang kita kira dengan ukuran meter, inci, dsb. begitu juga dengan petrol, ia dikira dalam kualiti ukuran RON, selain MON & AKI.

Fakta : "Higher octane ratings correlate to higher activation energies." bermakna, lebih besar nilai RON, kualiti petrol adalah lebih baik dalam konteks penghasilan kuasa / kuantiti petrol. contoh, jika RON97 dalam kuantiti 1 liter boleh memacu kereta anda sejauh 10KM, manakala dengan RON95 anda mungkin hanya dapat bergerak sejauh 7KM sahaja (contoh mudah je ni. ketepatan kuantiti dan jarak tu suku kira aaa).

dari sudut kuasa pula, dengan aku menggunakan SAGA BLM, dengan RON97 dalam gear 3 + jarum rpm menunjukkan no. 3 = kelajuan akan cecah 60 kmj. tapi dengan RON95, tak cecah 60 kmj (dalam 56 - 58 kmj sahaja)!

for the rest, bleh baca kat sini lah ...

1. http://paultan.org/2009/05/14/can-proton-cars-run-ron95-grade-fuel/
2. http://en.wikipedia.org/wiki/Octane_rating

so, apa efek terhadap institusi keluarga?

1. of course lah, bajet bulanan untuk bahan api akan meningkat. coz we have to pay for lower quality product, which will produce lower quality output - speed & milage.
2. kena keje lebih untuk tampung peningkatan kos belanja petrol, atau kurangkan belanja bagi perkara-perkara lain.

Tuesday, July 21, 2009

interpretasi penguasaan kota konstantinopel dalam kekeluargaan

ilustrasi Sultan Muhammad Al-Fateh (entah betul, entah tidak!)

Sultan Muhammad Bin Murad II "Al-Fateh", dalam siri-siri kejayaannya dalam peluasan empayar Khilafah Turki Uthmaniyyah, kemuncaknya ialah kejayaan menguasai Kota Konstantinopel daripada kekuasaan orang kristian ortodoks, baginda terlebih dahulu memenuhi 3 krateria sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW iaitu :

i) Pemimpin yang baik - Sultan Muhammad sendiri sangat gigih dalam menyiapkan dirinya sendiri. Antaranya ialah, baginda turut serta dengan membuka serban dan baju untuk membina benteng kotanya, sehingga semua ulama & menteri berasa malu dan seterusnya turut sama mengangkat batu & membina benteng. Selain itu, dalam situasi memilih imam solat jumaat pertama selepas berjaya menguasai kota konstantinopel, membuktikan baginda seorang yang hebat dalam konteks ibadah, iaitu sentiasa solat fardhu berjemaah, solat sunat rawatib, qiamullail sejak dari usia balighnya.

ii) Tentera yang baik - teliti dalam memilih para tentera khas untuk menggempur kota konstantinopel. Sebelum berperang, tentera khas ini dikumpulkan di sebuah pulau, dan diberikan latihan ketenteraan, dalam masa yang sama, aspek ibadah juga ditekankan seperti solat, puasa, dan qiamullail.

iii) Rakyat yang baik - mempraktikkan tindakan Khalifah Umar RA, iaitu turun menemui rakyatnya dengan menyamar sebagai pengemis atau musafir, tanpa diketahui oleh menteri-menteri yang lain, kecuali 2 orang kanannya yang turut bersamanya. Kehadirannya juga tidak disedari oleh rakyatnya, dan pada permulaannya layanan buruk terhadap baginda, seperti dihalau, dan diberi upah yang sangat sedikit, sama ada daripada orang miskin mahupun orang kaya. Setelah beberapa tindakan diambil, rakyat baginda menjadi baik, dan tiada lagi layanan buruk.

cuba 3 krateria ini diinterpretasikan dalam konteks kekeluargaan :

i) pemimpin, atau ketua, dan sebuah keluarga, ketuanya adalah suami.
ii) tentera, atau diinterpretasikan kepada individu yang menjayakan visi suami, iaitu isteri atau isteri-isteri.
iii) rakyat, atau diinterpretasikan sebagai zuriat yang lahir hasil perkongsian hidup.

dengan wujudkan suami, isteri & anak-anak yang soleh, insya Allah, baitulmuslim ini mampu menjadi sebuah keluarga yang musleh, dan dapat "menakluk" keluarga-keluarga lain disekitarnya supaya turut menjadi soleh!

cuba anda interpretasikannya dalam konteks yang berbeza

Takziah ...

Takziah buat :

1. Akmal Raden, atas pemergian abangnya.
2. Amree Amanaf, atas pemergian neneknya.
3. Zaidi Zaid, atas pemergian datuknya.
4. Razif Abdullah, atas pemergian ayahandanya.
5. Zulkifli Che Noh, atas pemergian ayahandanya.

Sabar & redha buat kalian. Al-Fatihah ...

note : menunggu giliran

Tuesday, July 7, 2009

novel sejarah Islam : Salahudin Ayubi

baru sahaja habis membaca sebuah novel, Salahudin Ayubi. bagi aku, tak macam novel pun. tiada ayat-ayat yang berbunga-bungi. lebih banyak dialog berbanding ulasan. iye lah, kalu banyak ulasan, jadi macam buku teks sejarah plak. jalan ceritanya pula, direct to point & full of fact. kadang-kadang tak teratur. contohnya, tiba-tiba jer dah ada anak & siap lantik jadi pemerintah Mesir, lantik jadi panglima, dsb. apapun, walaupun dengan segala kekurangan, aku tetap suka membacanya, dan meniupkan lagi semangat jihad aku !!! Allahuakbar !!!




next, aku tengah baca novel Sultan Muhammad Al-Fateh. Namun sebelum tu, aku dah baca beberapa artikel dalam internet tentangnya. wow! antara yang mengakjubkan ialah taktik peperangannya dalam menggempur kota konstantinopel.

isteri-isteri Baginda SAW

7 julai 2009, 6.30 pagi, waktu lazim baru turun dari rumah untuk pergi menghantar zaujah ke tempat kerja. buka radio saluran ikim.fm, dengar kuliah pagi yang disampaikan oleh ust zahazan. hari ni, topik berkaitan isteri-isteri Rasulullah SAW, dan adalah sunat muakkad untuk mengenali mereka. bila masuk ofis, terus search dan jumpa website. menarik, ada biodata ringkas semua isteri Baginda SAW.


antara isteri-isteri Baginda SAW ialah, Maria Al-Qibti yang merupakan asalnya orang Mesir dan menganut agama kristian koptik. mungkin ini asas kepada watak "maria" dalam novel "ayat-ayat cinta"!

Wednesday, June 24, 2009

tahniah, dapat kerja!

tahniah kepada adik iparku, sebab dapat kerja, jadi lecturer di kolej shahputra.

Saturday, June 20, 2009

hepi daddy day

selamat hari bapa, khususnya kepada,

1. Abu Basyar (bapa seluruh manusia), Nabi Adam 'Alaihissalam.
2. Abu Basyar ke-II, iaitu Nabi Nuh Alaihissalam.
3. Tokoh bapa penyayang, Nabi Yaakub 'Alaihissalam yang sangat kasih & sayang akan Nabi Yusuf 'Alahissalam.
3. Idola umat Islam, bukan sahaja dalam konteks "ayah", tetapi melangkaui segenap aspek, iaitu Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam.
4. Abah
5. Abu Nasih, aku sendiri le tu !
6. Semua bapa-bapa yang penyayang.