Monday, July 9, 2007

kaifiat perkahwinan

kaifiat perkahwinan

Islam telah menggariskan satu perkahwinan yang khusus untuk panduan orang-orang Islam dalam mendirikan rumahtangga bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Dalam memilih isteri, Islam memberi kebebasan kepada kaum lelaki untuk memilih bakal isteri yang sesuai dengannya. Islam menganjurkan supaya memilih seorang perempuan yang salih dari keturunan yang ramai anak, berakhlak mulia, dan cantik.

Sabda Rasullah SAW ,
Maksudnya: "Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi S.A.W telah bersabda: “ Dinikahi wanita itu kerana empat sifat, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Pilihlah yang beragama , bahagialah engkau.”

Seseorang perempuan boleh membuat pilihan sama ada menerima atau menolak suatu perkahwinan sekiranya mempunyai sebab-sebab yang munasabah. Perempuan-perempuan yang haram dikahwini ialah:

1. Sebab keturunan

- Ibu,nenek,ibu sebelah bapa, dan seterusnya(ke atas)
- Anak, (cucu) cicit, dan seterusnya ( ke bawah)
- Saudara perempuan seibu sebapa
- Saudara perempuan seibu
- Saudara perempuan dari sebelah bapa ( anak saudara)
- Saudara perempuan dari sebelah ibu ( emak saudara)
- Anak perempuan daripada saudara perempuan, dan seterusnya (anak saudara cucu)
- Anak perempuan daripada saudara lelaki dan seterusnya (anak saudara, cucu)

2. Sebab susuan

- Ibu susuan
- Saudara perempuan susuan
- Adik beradik ibu susuan
- Anak saudara perempuan susuan
- Ibu mentua ibu susuan

3. Sebab perkahwinan

- Ibu mentua
- Ibu tiri
- Anak tiri apabila sudah bercampur dengan ibunya
- Saudara perempuan isteri
- Menantu
- Isteri bapa

Haram hukumnya menikahi dua adik-beradik perempuan atau seorang perempuan dimadukan dengan saudara perempuan bapanya, atau anak perempuan saudaranya.

Syarat-syarat bakal isteri:

1. Islam
2. Perempuan , bukan khunsa atau pondan
3. Bukan isteri orang
4. Tidak dalam idah
5. Bukan muhrim

Syarat-syarat bakal suami:

1. Islam
2. Lelaki
3. Tidak beristeri empat
4. Bukan muhrim

Islam mengharuskan seorang lelaki melihat bakal isterinya supaya tidak menimbulkan perkara-perkara yang tidak puas hati di kemudian hari. Seseorang lelaki diharuskan melihat muka dan kedua-dua tapak tangan bakal isterinya.

(sumber: http://cybermosque.mpsj.gov.my/kaifat.html)



Wali Nikah

Peranan wali dalam pernikahan amat penting kerana ia merupakan salah satu daripada rukun nikah. Sekiranya pernikahan dilaksanakan tanpa wali ia adalah tidak sah dari segi hukum syarak. Wali hendaklah terdiri daripada orang yang berkelayakan.

Susunan Wali Perempuan yang sah mengikut Hukum Syara' adalah seperti berikut :-

1. Bapa Kandung
2. Datuk Sebelah Bapa Ke Atas
3. Adik Beradik Lelaki Seibu-sebapa
4. Adik Beradik Lelaki Sebapa
5. Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa
6. Anak Saudara Lelaki Sebapa
7. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa
8. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Sebapa
9. Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa
10. Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa
11. Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya
12. Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya
13. Moyang Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Moyangnya
14. Moyang Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Moyangnya
15. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa (Sepupu lelaki)
16. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa (Sepupu lelaki)
17. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa
18. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa
19. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya
20. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya
21. Wali Hakim

Justeru untuk menjaga agar perkahwinan di kalangan umat Islam di Negeri Selangor dilaksanakan mengikut hukum syarak, Jabatan Agama Islam Selangor telah membuat beberapa peraturan yang perlu diikuti oleh individu yang ingin berumahtangga.

Syarat-syarat sah bagi wali:

• Baligh
• Berakal
• Merdeka
• Lelaki
• Tidak fasik
• Tidak dipaksa
• Tidak sedang di dalam ihram
• Tidak rosak fikirannya

(sumber: http://perkahwinan.com.my/main/Perkahwinan/?Sub=Pages&id=64)


Syarat-syarat sah dua orang saksi

Berikut adalah syarat-syarat sah dua orang saksi:

1. Baligh
2. Berakal
3. Lelaki
3. Beragama Islam
4. Adil (tidak fasik)
5. Merdeka
6. Mendengar
7. Melihat
8. Berkata-kata
9. Mengerti maksud ijab dan qabul
10. Tidak kurang ingatannya
11. Menjaga maruahnya

*Jika ada wali yang sepatutnya menjadi wali, tetapi telah mewakilkan kepada orang lain untuk menjadi wali sedangkan dia menjadi saksi, maka perkahwinan itu tidak sah.

(sumber: http://perkahwinan.com.my/main/Perkahwinan/?Sub=Pages&id=65)

No comments: