Monday, July 9, 2007

konsep meminang dan caranya

konsep meminang dan caranya

Meminang bererti lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan pilihannya untuk dijadikan isteri.


Meminang boleh dilakukan dengan cara berterus-terang atau cara kiasan. Urusan peminangan biasanya dilakukan oleh orang perantaraan daripada pihak lelaki dan diaju kepada wakil pihak perempuan.

Hukum meminang adalah harus terhadap perempuan yang dipilih untuk bakal isterinya.

Sabda Rasullah S.A.W

Maksudnya: “Daripada Ibnu Umar r.a berkata , telah bersabda Rasulullah S.A.W. “Janganlah ada seorang kamu meminang tunang saudaranya sehingga dia melepaskannya.”


Syarat-syarat perempuan yang hendak dipinang ialah:

1. Bukan isteri orang
2. Tidak dalam idah raj'i
3. Bukan tunang orang
4. Bukan muhrim

Apabila lamaran telah diterima, maka terjadilah ikatan pertunangan di antara kedua-dua belah pihak.

(sumber: http://cybermosque.mpsj.gov.my/pinang.html)


Panduan Meminang Dalam Islam

Lelaki yang berkemampuan dari segi zahir dan batin, dan berhajat untuk meminang wanita pilihannya perlulah menitikberatkan beberapa perkara:

1. lelaki boleh meminang perempuan (atau wakilnya)
2. perempuan juga boleh meminang lelaki dengan menghantar wakilnya
3. memastikan bahawa orang yang dipinang bukan pinangan orang lain
4. bukan perempuan di dalam iddah
5. bukan perempuan bekas isterinya yang dicerai talak tiga sebelum tahalul
6. jika anak dara, diamnya adalah setuju
7. jika janda hendaklah menyatakan izinnya
8. meminang pada masa yang sesuai tidak dalam kedukacitaan atau sedang sakit
9. jika peminangan diterima hendaklah rundingkan pernikahannya

(sumber: http://perkahwinan.com.my/main/Perkahwinan/?Sub=Pages&id=67)

No comments: