Monday, July 9, 2007

tanggungjawab suami dan isteri

tanggungjawab suami

1. Menyediakan tempat tinggal, makanan, dan minuman kepada iseri serta anak-anak.
2. Memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri.
3. Memberi layanan yang baik terhadap isteri seperti tutur kata yang baik, perlakuan yang sopan dan penuh kasih-sayang, menjaga maruah dan lain-lain.
4. Memberikan didikan agama kepada isteri dan anak-anak.
5. Memberi perlindungan kepada isteri dan anak-anak.
6. Mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada isteri dan anak-anak.

Firman Alllah S.W.T

Maksudnya: "…Dan bergaul mesra dengan mereka ( isteri ) secara baik. Jika kamu bencikan mereka ( janganlah kamu terburu-buru menceraikan ) kerana kemungkinan kamu bencikan sesuatu sedangkan Allah menyediakannya dengan kebaikan." ( Surah an-Nisak : Ayat 19 )


tanggungjawab isteri

1. Patuh perintah suami selagi tidak bertentangan dengan Islam.
2. Memberikan layanan yang baik dan mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada suami.
3. Menjaga maruah dan harta suami semasa ketiadaannya.
4. Tidak meningggalkan rumah tanpa kebenaran suami.
5. Melakukan perkara-perkara yang menyenangkan hati suami.
6. Mendidik anak-anak dengan didikan yang sempurna.
7. Menjaga kebersihan rumahtangga, pakaian serta makan minum suami dan anak-anak.

Firman Allah S.W.T

Maksudnya : "….Perempuan –perempuan solehah ialah taat dan memelihara kehormatan diri ketika suami dengan perlindungan Allah" ( Surah an-Nisak : Ayat 34 )


tanggungjawab dan hak suami isteri

1. Masing–masing dapat menikmati perasaan kasih sayang daripada kedua-dua belah pihak.
2. Mereka perlu bekerjasama, bantu-membantu serta mendapat layanan yang baik membina keluarga yang bahagia.
3. Suami dan isteri sama-sama dapat mewarisi harta jika salah seorang daripadanya meninggal dunia.
4. Suami dan isteri mendapat hak yang sama terhadap anak-anak. Sekiranya mereka bercerai, masing-masing mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak.

(sumber: http://cybermosque.mpsj.gov.my/hak.html)

No comments: