Monday, July 9, 2007

walimatulurus

walimatulurus

Walimatulurus ialah kenduri yang diadakan sempena majlis perkahwinan. Hukum mengadakan walimatulurus adalah sunat Muakad kerana perbuatan tersebut adalah baik dan mulia. Tujuan Islam menggalakkan walimatulurus diadakan ialah:

1. Melahirkan tanda kesyukuran dan kegembiraan
2. Supaya pernikahan tersebut diketahui ramai
3. Untuk mengeratkan tali persaudaraan di antara kedua-belah pihak

Islam menggalakkan walimatulurus, tetapi melarang jamuan tersebut diadakan secara besar-besaran yang bertentangan dengan Islam.
Sabda Rasulullah S.A.W

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah r.a telah berkata, bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Sesiapa yang meninggalkan jemputan (walimatulurus) maka sesungguhnya dia telah ingkar perintah Allah dan Rasul-Nya."

Menghadiri walimatulurus apabila dijemput adalah wajib sekiranya tidak ada keuzuran. Antara perkara-perkara yang dilarang ketika mengadakan walimatulurus ialah:

1. Melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam
2. Mengadakan walimatulurus untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk
3. Tidak memeningkan perkara haram dalam tersebut
4. Melakukan kenduri walimatulurus yang mempunyai unsur-unsur pembaziran dan sebagainya.

(sumber: http://cybermosque.mpsj.gov.my/urus.html)

No comments: